Mac & Cheese (Makaroni dan Keju)

Assalamualaikum. Menu hari ni western pulak atas permintaan salah seorang follower Buat Orang Lapo di Facebook. Kepada peminat cheese wajib cuba resepi ni. Boleh jugak buat untuk anak-anak sebab tak pedas. Kalau anak-anak dah jemu makan nasi, boleh cuba bagi makan mac & cheese (Macaroni and Cheese) ni. Sedap tau. Anak-anak saya memang suka sangat mac & cheese ni. Kalau pergi restoran yang ada menu ni, mesti order untuk dorang. Lagi pun cheese ni boleh menambah berat badan dorang. Biasa la budak-budak kejap nak makan, kejap tak nak makan. Bila tak sihat pulak mula la selera pun kurang yang menyebabkan berat badan pun turunkan. So boleh la cuba bagi cheese sebagai salah satu menu untuk menaikkan berat badan dorang.

Dalam resepi ni saya cuma menggunakan american cheddar cheese saja. American cheddar cheese ni rasa dia lebih sedap daripada cheddar cheese yang biasa. Warna cheesenya oren. Tapi agak susah sikit nak jumpa. Selalunya saya beli kat Tesco. Kalau ada sesiapa yang nak beli mungkin boleh cuba cari di Tesco. Tapi kalau tak jumpa American cheddar cheese ni, boleh je guna cheddar cheese yang biasa. Then boleh jugak tambah cheese yang lain macam mozarella dan sebagainya. Tak kisah guna jenis yang slice atau parut. Saya cuma letak cheddar cheese sebab itu je yang ada kat rumah masa buat resepi ni. Hehe.. Kalau suka pedas boleh la tambah cili flakes @ serbuk cili. Maklum la perut melayu ni kan selalu suka pedas-pedas.

Jom layan dulu la video kat bawah ni. Mesti menyelerakan. Baru la semangat nak masak. Jangan lupa subscribe ye lepas tengok video ni sebab banyak video yang best kat channel ni. hehe.. ??

macaroni & cheese

Bahan-bahan untuk Mac & Cheese:

  • 2 cawan makaroni
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 4 keping keju cheddar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

Cara-cara :

  1. Rebuskan makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega. Masukkan tepung dan gaul rata dengan cepat.
  3. Masukkan susu segar. Kacau dan tambahkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  4. Masukkan keju satu per satu sambil kacau dengan whisk supaya tidak berketul.
  5. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan kacau rata.

Nota :

  • Boleh tambah keju yang lain untuk lebih sedap mengikut citarasa masing-masing.
  • Taburkan kepingan cili @ serbuk cili jika suka pedas.
mac & cheese
mac & cheese
mac & cheese

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

20 Comments »

Leave a Reply