Kek Pisang Gebu bersama Coklat Chip yang Mudah

Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsikan resepi kek pisang gebu yang sangat senang dan confirm jadi punya. Hehe. Selalunya kek pisang ni susah sikit nak jadi. Bergantung pada jenis pisang yang kita guna. Tak semua jenis pisang sesuai untuk buat kek. Kalau salah jenis pisang dan salah cara buatnya kek pisang ni selalu jadi mampat. Tapi resepi yang ni senang sangat dan insya Allah jadi gebu dan lembut.

Dalam resepi ni saya guna pisang berangan. Boleh juga guna pisang lain macam pisang emas. Resepi asal kek pisang ni saya ambil dari blog The Sisters kat sini sisterscookingproject2.blogspot.my. Credit to The Sisters untuk resepi yang best ni. Cuma saya ade ubah sikit. Hehe.`

Sebelum buat kek pisang ni wajib tengok dulu video kat bawah ni supaya lebih senang nak faham cara-cara nak buat kek pisang ni. Kalau betul ikut caranya insya Allah kek pisang ni mesti jadi lembut dan gebu.

Bahan-bahan untuk Kek Pisang:

  • 4 biji Pisang Berangan
  • 3 biji Telur
  • 1 cawan Minyak Jagung (minyak masak biasa pun boleh)
  • 1/2 cawan Gula Putih
  • 1/2 cawan Gula Perang
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 2 cawan Tepung Penaik (ayak)
  • 1/4 cawan Coklat Rice

Cara-cara :

  1. Kisar telur, minyak, gula dan esen vanila selama lebih kurang 3-5 minit. Kemudian baru kisar bersama pisang.
  2. Kemudian, masuk bahan kisar tadi ke dalam tepung yang telah di ayak dan kacau sebati.
  3. Masukkan pula coklat rice dan kacau rata.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas pembakar bersaiz 5×9 atau 8×8 yang telah disapu sedikit minyak.
  5. Panaskan oven pada suhu 170°c selama 10 minit dahulu. Kemudian masukkan adunan ke dalam oven dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.

Nota :

  • Boleh tabur badam atau bahan lain di atas kek sebelum dibakar jika suka.

kek pisang

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

3 Comments »

Leave a Reply