July 16, 2020

Resepi Terbaru


Bubur Jagung Paling Simple Yang Sedap

Assalamualaikum. Bersua lagi kita dalam entry kali ini. Masih terbayang lagi di minda saya semasa saya kecil emak saya ada menanam jagung di kampung. Luas juga kebun jagung yang emak saya usahakan, memang puas la kami makan jagung ketika itu. Kalau kami adik beradik nak makan jagung bakar emak saya akan kutip jagung di kebun dan terus bakar menggunakan dapur arang yang ada di kebun dan kami akan berkelah dalam kebun sambil menikmati jagung bakar yang di sapu dengan sedikit marjerin. Kalau bukan jagung bakar, mesti la bubur jagung jadi favorite kami. Errrmmm… memang sedap sangat, fresh dan manis je rasa jagung tu. Hehe. Memang seronok kalau ingat kisah waktu kecil-kecil dahulu.

Selain jagung bakar, jagung juga boleh di rebus, di buat kuih dan boleh juga di buat bubur. Bubur jagung memang favorite saya sejak kecil. Kalau makan tu memang tak cukup semangkuk la. Hehe..

Resepi yang saya nak kongsikan ini adalah resepi yang simple cara saya. Saya gunakan santan kelapa asli untuk mendapatkan bubur jagung yang lebih sedap dan lemak. Boleh juga gunakan santan kotak jika tiada santan kelapa asli. Gula pula saya campurkan gula pasir dan gula kabung atau boleh gantikan dengan gula melaka. Gula ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tahap kemanisan yang sesuai dengan selera masing-masing.

Kalau korang sukakan pelbagai jenis bubur, boleh cuba bubur pisang dan bubur pulut hitam ni. Lain kali saya akan update lagi pelbagai jenis bubur yang lain.

Saya ada sediakan video cara membuat bubur jagung kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru dan memikat selera dan jangan lupa untuk like Facebook kami okay.

Bahan-bahan membuat bubur jagung:

  • 3-4 batang Jagung
  • 1/2 Gula Kabung/Gula Melaka
  • 100 gram Gula Pasir
  • Garam
  • 200 ml Santan Cair
  • 100 ml Santan Pekat

Cara-cara membuat bubur jagung:

  1. Masukkan jagung ke dalam periuk.
  2. Tambahkan gula kabung/gula melaka, gula pasir, sedikit garam serta santan cair. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Kemudian, masukkan santan pekat dan kacau sehingga masak. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Nota:

  • Boleh juga ditambah dengan sedikit sagu yang direndam terlebih dahulu untuk memekatkan lagi bubur jagung.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini. [youtube https://www.youtube.com/playlist?list=PLX3hq_tfjAFsiuGr1GTJgpuh2XJymhPit]

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →