November 29, 2020
bubur pisang berangan

Bubur Pisang Berangan

Assalamualaikum. Kejap je rasanya berpuasa ni. Pejam celik pejam celik dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Masak tu masak jugak. Amal ibadat jangan lupa ye..hehe. Sempena bulan yang mulia ni jom la kita sesama membanyakkan ibadat terutama 10 malam terakhir Ramadan ni. Semoga kita sama-sama dapat bertemu malam lailatulqadar. Ok berbalik kepada menu hari ni, saya nak kongsikan resepi bubur pisang berangan @ pengat pisang. Kali ni saya gunakan pisang berangan dan juga gula kabung untuk membuat bubur ni. Kalau tak ada gula kabung, boleh gantikan dengan gula melaka ataupun gula merah. Tapi bagi saya, gula kabung Pahang yang paling sedap. Hehe. Ok jom tengok resepi bubur pisang berangan @pengat ni.

Bahan-bahan :

  • 5 biji pisang berangan
  • 3 cawan santan
  • 100 gram gula kabung
  • 2 sudu besar gula putih
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan (kecuali pisang) di dalam [email protected] Kacau sehingga gula hancur dan kuah menggelegak.
  2. Setelah kuah menggelegak, masukkan pisang. Kacau sebentar sehingga pisang masak.
  3. Sedia untuk dihidangkan.

Selalu pisang berangan ni cepat lembik. Kalau taknak pisang terlalu hancur, jangan kacau lama sangat. Kalau korang suka bubur pisang yang lembik-lembik sikit boleh la masak lama sikit.

Ok selamat membubur.. ?

bubur pisang berangan bubur pisang berangan bubur pisang berangan


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →

Leave a Reply

%d bloggers like this: