Ikan Talapia Cili Padi Goreng Garing

Assalamualaikum.. Hari ni dah 17 hari kita puasa.. Macam-macam menu dah yang saya try masak sampai kadang-kadang kering jugak la idea nak fikir menu untuk berbuka ni.. Tapi ada satu menu yang memang all the time favorite iaitu masak ikan talapia cili padi..hehe..

ikan talapia goreng cili padi

Kali ni saya nak kongsi resepi ikan talapia goreng cili padi yang garing.. Kalau yang suka basah-basah sikit boleh la tambah air dan jangan tumis bawang terlalu lama. Kali ni saya buat yang kering sikit dan garing. Saya lebih suka yang garing ni sebab rasa bawang tu rangup-rangup sikit..

Selain ikan talapia, resepi ni juga sesuai untuk ikan yang lain. Nak buat guna ayam ataupun daging pun sedap juga. Tapi kalau untuk daging selalunya saya akan rebus daging dulu sehingga lembut sebelum goreng daging. Untuk resepi ayam goreng cili padi, boleh klik kat sini.

Ok jom tengok resepi ikan talapia goreng cili padi garing kat video bawah ni. Jangan lupa subcribe YouTube channel kami tau. Ada banyak lagi resepi yang best kat situ.

Advertisements

Bahan-bahan ikan talapia cili padi:

  • 1 ekor ikan talapia
  • 2 biji bawang merah besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 batang serai
  • Sedikit air limau
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara :

  1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. (gunakan minyak goreng ikan tadi)
  3. Masukkan serai. Kacau lagi sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan air limau, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Masukkan ikan. Gaul sebentar. Tutup api bila dah kering. (buang minyak yang berlebihan)

Siap untuk dihidangkan.. Kalau korang tak suka yang kering macam saya buat ni, boleh tambah sedikit air semasa menumis dan jangan tumis bawang terlalu lama.

Advertisements

ikan talapia cili padi ikan talapia cili padi ikan talapia cili padi


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.