Puding Koktel Berkuah

Assalamualaikum..

Entry kali ni saya nak share cara buat puding koktel yang berkuah. Senang sangat nak buat puding ni. Kalau pergi mana-mana majlis yang ada hidangan puding ni mesti saya makan puding ni dulu. Hehe.

image

Bulan puasa ni mungkin banyak jugak yang jual puding koktel ni kat bazar tapi kadang-kadang selera tu tak kena dengan tekak. Harga pulak punya la mahalkan. Lebih baik buat sendiri. Boleh makan puas-puas. Selain daripada bahan-bahan kat bawah ni, korang boleh jugak tambah bahan lain untuk melazatkan lagi puding koktel ni macam sumi, nata de coco, buah ceri, agar-agar yang berwarna-warni tu.. Macam-macam la.. Ikut kreativiti masing-masing ok. Ok jom tengok resepinya.

image

Bahan puding:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk@kuali. Kacau dahulu sehingga tepung hancur. Bila tepung dah sebati, baru lah pasang api sederhana kecil. Kacau sehingga likat.
  2. Masukkan puding ke dalam loyang. Biarkan puding sejuk.

Bahan kuah:

  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air
  • 3/4 cawan gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin buah koktel
  • 1 tin buah laici

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali buah. Kacau sehingga tepung larut.
  2. Panaskan di atas api sebentar sehingga kuah sedikit pekat.
  3. Cara hidangan:
  4. Potong kecil-kecil puding yang telah sejuk. Masukkan ke dalam mangkuk.
  5. Tuangkan kuah kastard. Campurkan buah koktel dan laici. Boleh tambah air laici sekali.

OK dah siap.. Selamat menjamu kesedapan puding koktel ni. Makan sejuk-sejuk memang sedap. Nyum2..


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply