June 7, 2020

Resepi Terbaru


Ikan Percik Sedap Memukau Selera

Assalamualaikum. Hai semua. Bertemu lagi kita dalam entri kali ini. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi yang ringkas tapi sedap iaitu ikan percik. Saya pernah kongsikan resepi ayam percik sebelum ini boleh tengok resepinya di sini.

Sebut sahaja tentang ikan percik mesti teringat bulan ramadhankan? Ikan percik ni salah satu juadah yang sangat popular ketika bulan puasa. Di kebanyakkan bazar ramadhan mesti ada menjual ikan percik. Masakan ini pula ada pelbagai cara dan bahan untuk membuatnya. Biasanya percik mempunyai 2 jenis kuah, satu yang berwarna putih dan satu lagi merah dan ianya ini lebih sinonim dengan masakan negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Resepi kali ini saya menggunakan ikan kembung. Ikan selar kuning juga boleh digunakan sebagai ganti kepada ikan kembung atau boleh juga guna apa-apa jenis ikan yang bersesuaian. Kuah ikan percik ini adalah gabungan daripada santan pekat yang diadun dan dimasak bersama rempah ratus dan juga campuran susu cair yang akan menghasilkan kuah yang pekat dan membangkitkan aroma yang memikat selera. Ikan percik ini boleh dibakar di atas dapur biasa atau menggunakan dapur arang. Selamat mencuba.

Sebelum korang cuba buat ikan percik ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk like Facebook kami yea.

Bahan-bahan ikan percik:

Bahan untuk ikan:

  • Ikan kembung
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • Minyak Masak

Bahan kisar:

  • 1 biji Bawang Besar
  • 1 biji Cili Merah
  • 5-6 tangkai Cili Kering
  • 1/2 inci Halia
  • 1/2 cawan Air
  • 1/2 cawan Santan

Kuah percik:

  • 1 Asam Keping
  • 1/2 sk Serbuk Kunyit
  • Garam
  • Gula
  • 1/2 cawan Susu Cair

Cara-cara membuat ikan percik:

  1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Bakar ikan di dalam kuali sehingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bahan kisar tadi di dalam kuali dan tambahkan asam keping, kunyit, garam dan gula. Masak sehingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan pula susu cair dan masak lagi hingga kuah menjadi pekat. Kuah perlu di kacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul dan pecah minyak.
  5. Bakar ikan tadi sekali lagi bersama sedikit kuah.
  6. Tuang lebihan kuah tadi ke atas ikan apabila ingin menghidangkannya.

Ikan Percik
Ikan Percik
Ikan Percik
Ikan Percik

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.



Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: