Ikan Siakap Masam Manis yang Mudah

Assalamualaikum. Menu ikan siakap masam manis ni antara menu yang paling favourite setiap kali saya dan family makan di luar. Kalau bukan menu ikan siakap masam manis, kami akan order ikan siakap 3 rasa. Hehe.. Rasanya ramai jugakan suka makan ikan siakap masam manis ni. Tapi macam biasa la harga untuk menu-menu ikan macam ni bukannya murah. Paling kurang pun kalau ikannya kecil sikit mungkin mencecah harga RM20 atau lebih. Mungkin ada kedai yang caj dengan harga murah tapi agak jarang kita jumpa. Kalau kita buat sendiri dah tentulah harganya jauh lebih murahkan. Hehe. Dapat pulak beli ikan siakap di tempat yang murah. Macam saya beli ikan siakap ni di pasar borong, harga ikan saiz sederhana tak sampai RM10 pun. Campur dengan bahan lain rasanya tak sampai RM15. Memang jimat sungguh. Cuma perlu ada kerajinan la untuk memasaknya. Hehe.

Ikan Siakap Masam Manis

Continue reading “Ikan Siakap Masam Manis yang Mudah”

Ikan Siakap Stim

ikan siakap stim

Assalamualaikum. Menu makan tengah hari saya hari ni ikan siakap stim. Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi ikan siakap 3 rasa ala Thai. Sesiapa yang nak cuba masakan ala Thai yang sedap ni boleh tengok resepinya disini. Kali ni saya nak buat stim pulak. Sesekali makan stim ni bagus jugakkan untuk kesihatan sebab tak menggunakan minyak. Kurang kolestrol. Lagipun sangat mudah nak buat.

Continue reading “Ikan Siakap Stim”

Ikan Siakap 3 rasa ala Thai

Assalamualaikum. Antara menu wajib setiap kali ke restoran untuk makan besar bersama keluarga ialah ikan siakap 3 rasa. Memang menu ni menjadi kegemaran kami sekeluarga. Rasanya ramai lagi yang memang sukakan masakan ikan siakap 3 rasa ni kan? Memang sedap. Kalau seekor ikan size sederhana cukup untuk makan 2 orang je. Hehe.. Dan harganya pulak boleh tahan mahal di sesetengah restoran. Jadi, saya pun mencuba sendiri masakan ni di rumah supaya bole makan selalu dengan harga yang murah. ? Continue reading “Ikan Siakap 3 rasa ala Thai”