Ikan Siakap Stim Taucu

Assalamualaikum. Menu berbuka puasa lagi.. Buat ikan siakap stim taucu ni senang sangat. Letak je semua bahan lepas tu kukus. Dah siap. Hehe.. Sebab tu saya suka buat ikan stim. Senang dan cepat je nak buat. Kalau berbuka tu pukul 7.30, pukul 7 pun sempat lagi nak buat ikan stim ni. Nak letak apa-apa bahan pun boleh. Janji sedap. Hehe.. Kalau order kat restoran mahalkan ikan siakap ni.. So jom la kita belajar buat sendiri. Kot-kot boleh jadi lagi sedap daripada kat restoran tu.. ?? Kalau nak tengok resepi ikan siakap ala Thai boleh klik link ni.

Kali ni saya nak kongsikan resepi ikan siakap stim taucu. Bolehla tengok video kat bawah ni.

Bahan-bahan untuk Ikan Siakap Stim Taucu :

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 Sb taucu
  • 2 Sb sos ikan
  • 1 Sb air limau kasturi / nipis
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 batang serai (hiris)
  • 1 biji cili besar (hiris)
  • 1 biji tomato (hiris)
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara-cara :

  1. Gaulkan ikan bersama taucu, sos ikan dan air limau.
  2. Taburkan kesemua bahan yang dihiris.
  3. Kukus selama 20 minit atau sehingga ikan masak.
  4. Taburkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.

Nota:

  • Tak perlu letak garam sebab taucu dah masin.

ikan siakap stim taucuikan siakap stim taucu


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply