Puding Trifle Simple dan Sedap

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni dah 2 minggu saya selamat melahirkan anak yang ke3. Baby girl yang ditunggu-tunggu selama ni. Hehe.. Sambil – sambil rehat berpantang ni saya update la blog. Dah lama jugak rasanya tak update blog ni dengan resepi-resepi baru. Ada banyak video yang saya dan suami buat masa bulan puasa hari tu. Cuma saya belum sempat nak update semua resepi-resepi tu kt blog ni. Jadi kali ni saya nak update resepi Puding Trifle. Siapa yang nak latest resepi Buat Orang Lapo, boleh tengok video kami kat https://www.youtube.com/buatoranglapo

Tengah fikir – fikir nak carik idea nak buat video ape, saya terjumpa la resepi ni kat internet. Terus suruh suami beli barang-barang nk buat puding trifle ni. Nampak gambar macam sedap je. Tapi sebabkan saya masih dalam pantang, tak boleh la makan. Hehe. So suami dan anak-anak je la makan. Dan yang buat resepi ni pun suami saya. Hehe.. Kalau nak tengok suami saya buat puding ni boleh la tengok video kat bawah ni. Harap korang semua suka la resepi ni ye.. Kalau suka tekan la like pastu korang share la kat kengkawan.. ??

Bahan-bahan untuk Puding Trifle

BAHAN A (Lapisan Kek)

  • Kek gulung secukupnya (apa-apa perisa)
  • Air koktel

Cara-cara :

  1. Potong kek gulung lebih kurang setebal 1cm. Susun kek ke dalam mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit supaya kek padat.
  2. Tuang @ renjiskan sedikit air koktel supaya lapisan kek menjadi moist. Ketepikan.

BAHAN B (Kastard)

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1 tin buahan koktel (asingkan buah dan air)

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan (kecuali koktel). Kacau hingga tepung kastard sebati.
  2. Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.
  3. Curahkan adunan kastard ke atas lapisan kek.
  4. Letak buah koktel ke atas adunan kastard. Tekan – tekan sedikit. Masukkan ke dalam peti sejuk sementara menyediakan jelly.

BAHAN C (Jelly)

  • Kristal jelly (saya guna jenama nona)
  • 400 ml air

Cara-cara :

  1. Masak jelly bersama air sehingga hancur. Lebih kurang 2-3 minit.
  2. Curahkan jelly yang telah masak ke atas kastard tadi. Sejukkan di dalam peti ais.

puding triflepuding triflepuding trifle


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

16 Comments »

    • Sy tulis letak buah-buahan atas adunan kastad.bukan dlm kastad. Bila masukkan jelly,mmg buah tu akan ada dlm bahagian jelly. N ade buah2 yg akan terapung. Boleh tgk video utk lebih senang faham.

Leave a Reply