March 22, 2023

Simple Butter Cookies (Biskut Mentega Mudah) 

Assalamualaikum. Raya dah nak dekat ni. Jom kita belajar buat biskut raya pulak. Kali ni saya nak buat Biskut Butter. Tak raya pun boleh buat biskut ni sebagai kudap-kudap. Hehe. Anak-anak saya memang suka sangat makan biskut. So selalu jugak la saya buat biskut yang simple macam ni untuk dorang. Sebelum buat biskut yang susah-susah, kita cuba buat biskut yang senang ni dulu. Dah la senang, sedap pulak tu. ?? Kalau nak lebih sedap biskut ni, gunakan mentega asli (pure butter). Walaupun harganya agak mahal sikit berbanding mentega biasa, tapi rasa dia memang berbeza dan sangat sedap.

Kalau nak tengok betapa senangnya buat biskut mentega ni, jom tengok video yang saya sediakan kat bawah ni.

Bahan-bahan untuk Biskut Butter :

  • 125 gm mentega
  • 45 gm gula aising
  • 1 sk esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 140 gm tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/4 sk serbuk penaik

Cara-cara :

  1. Pukul mentega bersama gula aising dan esen vanila dengan menggunakan senduk @ whisk.
  2. Masukkan kuning telur. Pukul rata.
  3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik bersama.
  4. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Uli sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe ke atas loyang. Atau buatkan apa-apa bentuk kesukaan masing-masing.
  6. Bakar pada suhu 150°C selama 20-25 minit atau sehingga kekuningan.

Nota:

  • Pastikan mentega berada pada suhu bilik.
  • Boleh tambahkan apa-apa hiasan di atas biskut seperti badam, sprinkle dan lain-lain.

biskut butterbiskut butterbiskut butter


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →

12 thoughts on “Simple Butter Cookies (Biskut Mentega Mudah) 

  1. Thank you for this resepi!
    Memang sedap and senang nak buat!
    Dah jadi favourite anak I !
    And maybe next time I nak Cuba buat tanpa letak serbuk penaik. biskut jadi kembang sgt.

Leave a Reply

%d bloggers like this: