Aiskrim Milo Homemade Mudah 4 Bahan

Assalamualaikum.. Hai semua. Beberapa hari lepas saya ada memuat naik gambar aiskrim Milo yang saya buat sendiri kat rumah. Asalnya saya memutar whipping cream untuk buat resepi lain tapi resepi tu kurang jadi la pulak. So untuk mengelakkan pembaziran whipping cream tu, saya pun transform la whipping cream tu jadi aiskrim Milo. Hehe. Whipping cream kan mahal. Kalau nak buang macam tu je rasa rugi pulak. Nasib baik aiskrim tu menjadi dengan jayanya walaupun bahan yang saya gunakan sangat simple. Lepas saya memuat naik gambar aiskrim tu kat Instagram dan Facebook, ramai pulak yang bertanya resepi aiskrim Milo tu. So hari ni saya kongsikan resepi aiskrim Milo homemade yang sangat mudah dan sedap ni.

Aiskrim Milo Homemade

Continue reading “Aiskrim Milo Homemade Mudah 4 Bahan”

Mee Goreng Basah Sedap dan Mudah 

mee goreng basah

Assalamualaikum. Entry ni saya nak kongsi resepi mee goreng sedap dan mudah untuk disediakan. Rasanya lebih sedap daripada mee goreng yang ada kat kedai. Kalau tak percaya, kena la cuba dulu. Hehe. Mee goreng basah ni antara menu yang selalu saya buat bila malas masak nasi dan lauk. Kadang-kadang tu boring jugak bila asyik makan nasikan. Sesekali tukar selera la pulak. Lagipun masak mee maam ni lebih senang dan cepat sebab masak 1 je. Tak perlu masak berjenis-jenis lauk. Continue reading “Mee Goreng Basah Sedap dan Mudah “

Aglio Olio bersama Udang 

Assalamualaikum. Aglio olio ni adalah pasta tradisional Italy yang bermaksud bawang putih dan minyak. Jadi dua bahan ni adalah bahan wajib untuk membuat aglio olio. Jangan skip pulak ye. Nanti tak jadi aglio olio. Hehe. Ada jugak beberapa penambahan bahan lain seperti cili dan daun parsli untuk menambah kesedapan aglio olio ni. Tapi resepi yang saya kongsikan ni tak tradisional sangat la sebab ada tambah lagi bahan yang lain. Hehe.. Continue reading “Aglio Olio bersama Udang “