Sayur Campur Istimewa Bersama Santan

sayur campur istimewa bersama santan

Assalamualaikum.. Pagi raya di rumah mak mertua saya tak lengkap tanpa hidangan sayur campur istimewa bersama santan yang sedap ni. Setiap kali hari raya, sayur campur ni memang menjadi hidangan wajib yang dimakan bersama ketupat dan kuah kacang. Sayur campur ni istimewa sebab ia dimasak bersama santan. Dan yang lebih istimewa sebab ia dimasak oleh mak mertua. Kita ni tukang makan je. Haha.. Selalunya tolong potong sayur je. Yang selebihnya dia yang buat. Lain air tangan, lain rasanya nanti. Hehe.. Sambil-sambil tolong tu saya pun belajar la cara masak sayur yang super sedap ni. Rasanya mungkin ini cara orang jawa makan sebab mak mertua saya orang jawa. Pergi beraya rumah adik beradik dia pun ada hidangan sayur ni. Cuma bahan sayurannya lain-lain. Mungkin sayur ni pengganti kepada kuah lemak lontong. Mula-mula memang rasa pelik sebab di tempat saya iaitu di Pahang tak pernah makan sayur ni di pagi raya. Tapi bila dah selalu makan, rasa tak lengkap pulak pagi raya tanpa sayur yang best ni. Hehe.

Continue reading “Sayur Campur Istimewa Bersama Santan”

Kacang Buncis Goreng dengan Telur Pedas

Assalamualaikum. Hari ni saya nak bagi resepi yang simple dan sempoi je iaitu kacang buncis goreng dengan telur. Bujang-bujang boleh la masak ni sebab senang sangat je. Heh. Senang dan sedap. Kalau nak cepat duduk kat dapur memang saya masak sayur yang senang-senang macam ni je. Masak sambil nak tengok anak-anak kena la masak laju-laju. Kalau tak, memang banyak la projek diorang buat nanti. Hehe.. Continue reading “Kacang Buncis Goreng dengan Telur Pedas”