Kacang Buncis Goreng dengan Telur Pedas

Assalamualaikum. Hari ni saya nak bagi resepi yang simple dan sempoi je iaitu kacang buncis goreng dengan telur. Bujang-bujang boleh la masak ni sebab senang sangat je. Heh. Senang dan sedap. Kalau nak cepat duduk kat dapur memang saya masak sayur yang senang-senang macam ni je. Masak sambil nak tengok anak-anak kena la masak laju-laju. Kalau tak, memang banyak la projek diorang buat nanti. Hehe..

Berbalik pada resepi tadi, kalau tak nak guna kacang buncis, boleh jugak guna kacang panjang. Atau pun kacang bendi pun sedap jugak buat masak macam ni. Boleh je guna apa-apa Sayur kegemaran masing-masing ok.. Jom tengok resepi kat bawah ni..

Bahan-bahan :

  • Kacang buncis (hiris)
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 biji cili merah (tumbuk)
  • 4-5 biji cili padi (tumbuk)
  • Sedikit ikan bilis/udang kering (tumbuk kasar)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan-bahan yang ditumbuk sehingga sedikit garing.
  2. Masukkan kacang panjang dan goreng seketika sehingga sedikit lembut.
  3. Pukul sedikit telur dengan garfu dan masukkan telur ke dalam kuali. Kacau rata. Masukkan sedikit air jika nak berkuah.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Boleh diangkat sebelum kacang terlalu layu. Biar kacang agak rangup sedikit.

kacang buncis goreng dengan telur kacang buncis goreng dengan telur


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply