Tart Cadbury

tart cadbury

Assalamualaikum.. Baru-baru ni telah viral di media sosial resepi tart yang berintikan coklat iaitu tart cadbury. Selalunya sebelum ni tart nenas menjadi kegemaran ramai terutamanya di musim perayaan. Kemudian timbul pula tart blueberry. Tahun ni timbul pula tart cadbury. Saya tak pasti idea asal tart cadbury ni daripada siapa. Apapun, terima kasih kepada owner asal yang memberi idea yang bernas untuk membuat tart cadbury ni. Rasanya lebih mudah untuk membuat tart cadbury ni kerana coklat cadbury lebih mudah untuk didapati berbanding jem nenas ataupun blueberry. Kalau mak saya buat tart nenas, jem nenas yang dia beli mesti dia masak balik dan adjust rasanya supaya lebih sedap atau pun dia akan buat sendiri daripada buah nenas segar. Cuma akan ambil masa lama sikit la nak siapkan jem nenas tu. Tapi hasilnya memang sangat sedap berbanding jem nenas yang dibeli. So kalau guna coklat cadbury ni, memang senang sangat la sebab coklat ni dah sedap dah. Siapa la yang tak suka makan coklatkan.. Hehe.. Continue reading “Tart Cadbury”