Tart Cadbury

Assalamualaikum.. Baru-baru ni telah viral di media sosial resepi tart yang berintikan coklat iaitu tart cadbury. Selalunya sebelum ni tart nenas menjadi kegemaran ramai terutamanya di musim perayaan. Kemudian timbul pula tart blueberry. Tahun ni timbul pula tart cadbury. Saya tak pasti idea asal tart cadbury ni daripada siapa. Apapun, terima kasih kepada owner asal yang memberi idea yang bernas untuk membuat tart cadbury ni. Rasanya lebih mudah untuk membuat tart cadbury ni kerana coklat cadbury lebih mudah untuk didapati berbanding jem nenas ataupun blueberry. Kalau mak saya buat tart nenas, jem nenas yang dia beli mesti dia masak balik dan adjust rasanya supaya lebih sedap atau pun dia akan buat sendiri daripada buah nenas segar. Cuma akan ambil masa lama sikit la nak siapkan jem nenas tu. Tapi hasilnya memang sangat sedap berbanding jem nenas yang dibeli. So kalau guna coklat cadbury ni, memang senang sangat la sebab coklat ni dah sedap dah. Siapa la yang tak suka makan coklatkan.. Hehe..

Minggu lepas saya dan family pergi berjalan ke PKNS Shah Alam untuk mencari baju raya. Di PKNS ni juga banyak menjual biskut-biskut raya termasuk la tart cadbury ni. Rata-rata kedai yang ada jual tart nenas dan tart blueberry ada menjual tart cadbury juga. Punya la hebat kuasa viral ni sehingga ramai orang mencari dan ingin merasa biskut viral ni. Apa yang bagusnya kuasa viral ni, para peniaga boleh mengambil kesempatan untuk menjual biskut tart cadbury viral yang menjadi perhatian orang ramai ni. Cuma harganya agak mahal berbanding biskut tart yang lain kerana coklat cadbury ni sendiri memang agak mahal. Disebabkan saya juga ingin merasa kesedapan biskut tart cadbury ni, saya pun cuba buat sendiri. Maklumla nak beli yang dah siap tu mahal sangat. Hehe.. Sambil buat tu bolehla saya kongsikan juga resepinya dengan semua.

Pada yang tertanya-tanya adakah coklat ni akan cair semasa dibakar, jawapannya tak. Coklat ni takkan cair. Saya bekukan coklat ni sebelum guna supaya lebih keras. Ada juga saya cuba guna coklat yang dah agak lembik. Hasilnya coklat tetap tak cair. Cuma bentuk asalnya berubah sikit. Sama macam kita gunakan coklat chip ataupun coklat rice untuk hiasan biskut. Coklat tu tak cairkan?

Boleh tengok video tutorial cara nak buat biskut tart cadbury yang sedap ni. Mudah je caranya. Tapi jangan lupa beli acuan tart dulu sebelum buat ni. Hehe.. Dah tengok video yang best kat bawah ni, jom la subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo. 😉

Advertisements

Bahan-bahan tart cadbury:

  • 250gm Mentega (1 buku)
  • 2 Sb Gula Aising
  • 1 Telur Kuning
  • 1/2 sk Esen Vanila
  • 400gm Tepung Gandum (lebih kurang 3 cawan)
  • 2 Sb Tepung Kastard
  • 2 Sb Tepung Jagung
  • Coklat Cadbury
  • Kuning telur (untuk hiasan) *tambah sedikit pewarna oren

Cara-cara:

  1. Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga sebati.
  2. Ayakkan kesemua tepung dan campurkan ke dalam adunan tadi. Uli sehingga menjadi doh. (boleh tambah atau kurangkan tepung sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan senang dibentuk)
  3. Terap doh ke atas loyang dengan menggunakan acuan tart.
  4. Letakkan coklat cadbury sebagai inti dan gulungkan.
  5. Sapukan kuning telur ke atas tart sebagai hiasan.
  6. Bakar selama 15 minit pada suhu 170°c atau sehingga biskut sedikit kekuningan. (panaskan oven terlebih dahulu)

tart cadburytart cadburytart cadburytart cadbury


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

1 Comment »

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.