sup bebola bersama mee Cintan tanpa goreng

Sup Bebola bersama Mee Tanpa Goreng Cintan

Assalamualaikum.. Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan , jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja. Bila sesekali nak tukar selera untuk berbuka, saya menyediakan menu ringkas ni iaitu sup bebola bersama mee Cintan tanpa goreng.

Dah masuk minggu terakhir puasa ni mesti semua sibuk membuat persiapan raya kan? Saya sendiri pun agak kelam kabut akhir-akhir puasa ni dengan persiapan raya. Sambil-sambil tu curi masa sikit nak buat beberapa jenis kuih raya. Maklumla nak beli banyak-banyak sangat memang mahalkan. So mana yang boleh buat sendiri tu saya buat la jugak sikit-sikit. Yang penting persiapan raya untuk anak-anak dah settle. Hehe. Tapi dalam kesibukan kita membuat persiapan raya di hujung-hujung bulan puasa ni, jom kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat supaya mendapat pahala berlipat ganda dan berkesempatan mendapat rahmat malam Lailatulkadar.

Ok berbalik kepada resepi sup bebola tadi, saya memilih mee Cintan tanpa goreng ni sebab mee Cintan ni lebih sedap berbanding mee kuning yang biasa kerana tidak mempunyai rasa kapur. Lagipun mee Cintan ni boleh disimpan lama. Stok mee Cintan memang sentiasa ada kat rumah saya memandang ianya mudah disediakan terutamanya untuk anak-anak saya yang selalu tak nak makan nasi. So saya gantikan mee Cintan tanpa goreng ni sebagai hidangan untuk mereka.

Ok sebelum kita tengok resepi sup bebola mee Cintan ni jom tengok dulu video penyediaannya yang sangat ringkas kat bawah ni.

Bahan-bahan sup bebola bersama mee Cintan:

  • 2 keping mee Cintan tanpa goreng
  • 10 biji bebola ketam
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 kuib ayam
  • Garam
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

Cara-cara:

  1. Rebus mee Cintan sehingga lembut. Tos dan ketepikan.
  2. Didihkan air di dalam periuk. Kemudian masukkan fishball, sos ikan, garam dan kiub ayam.
  3. Masak sehingga fishball terapung.
  4. Akhir sekali taburkan daun bawang dan bawang goreng.
  5. Hidangkan bersama Cintan non fried noodles.

Untuk menjadikan sup bebola ni lebih sedap, saya hidangkan bersama sambil kicap yang pedas bagi menambahkan kesedapan sup ni. Boleh cuba buat sambal kicap yang mudah dan sedap kat menggunakan resepi kat bawah ni.

Bahan-bahan sambal kicap:

  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Kicap

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan gorengkan bawang putih dan cili sehingga layu.
  2. Tumbukkan bawang putih bersama cili sehingga lumat. (Boleh juga dikisar)
  3. Tambahkan garam, gula, cuka dan juga kicap secukup rasa.

sup bebola bersama mee Cintan tanpa goreng

sup bebola bersama mee Cintan tanpa goreng

sup bebola bersama mee Cintan tanpa goreng

sup bebola bersama mee Cintan tanpa goreng

Menu sup bebola mee cintan untuk berbuka puasa hari ni saya hidangkan bersama air kundur Yeo’s yang dapat menghilangkan dahaga dan mendinginkan badan ketika panas berpuasa seharian.

sup bebola bersama mee Cintan tanpa goreng

Info lanjut

www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top