Biskut Semperit

Assalamualaikum.. Biskut semperit ni ialah biskut raya traditional yang menjadi kegemaran ramai terumatanya di musim perayaan. Termasuklah saya, suami dan anak-anak. Walaupun banyak biskut moden yang lain, biskut semperit ni tetap menjadi pilihan kami sekeluarga dan antara biskut yang wajib saya buat setiap kali perayaan. Bila nak dekat raya kena buat lagi satu adunan yang lain sebab buat biskut ni awal-awal selalunya bila nak dekat raya mesti dah tinggal sikit. Anak-anak memang hari-hari mengulang makan biskut semperit ni. Tak sempat nak bawak balik kampung. Hehe..

Gabungan tepung cookies, tepung kastad dan juga sedikit tepung jagung akan menghasilkan biskut semperit yang rapuh tapi masih lembut. Tepung cookies juga dikenali dengan nama tepung red rose yang akan menghasilkan biskut yang lebih sedap dan rangup. Kebanyakkan biskut yang saya buat saya gunakan tepung cookies. Tepung cookies ni boleh di beli dikebanyakkan kedai yang menjual alatan dan bahan kek. Harganya sedikit mahal berbanding tepung gandum tapi hasilnya sangat memuaskan. Jika tak ada tepung cookies, boleh juga digantikan dengan tepung gandum. Gunakan mentega asli untuk mendapatkan biskut yang lebih sedap. Selalunya saya menggunakan mentega asli jenama SCS ataupun Anchor.

Saya buat 2 bentuk biskut semperit dengan menggunakan adunan ni iaitu bentuk biskut semperit klasik dan juga semperit dahlia. Jika buat semperit dahlia, perlu bakar lebih lama sikit kerana bentuk ni agak tebal.

Kredit resepi Azlita Masam Manis untuk resepi biskut semperit yang sangat sedap ni. Jom tengok video yang saya sediakan kat bawah ni untuk memudahkan lagi korang faham cara nak buat biskut semperit ni.

biskut semperit

Bahan-Bahan Biskut Semperit :

  • 250gm Mentega
  • 150gm Gula Aising
  • 1 Kuning Telur
  • 1 sk Esen Vanila
  • 250gm Tepung Cookies (Red Rose)
  • 150gm Tepung Kastad
  • 30gm Tepung Jagung
  • Gula Urai
  • Coklat Urai
  • Ceri

Cara-cara :

  1. Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga sebati di dalam mangkuk yang besar. (tak perlu terlalu kembang)
  2. Ayakkan tepung cookies bersama tepung kastad dan tepung jagung. Masukkan tepung ni ke dalam adunan tadi.
  3. Uli sehingga menjadi doh.
  4. Masukkan ke dalam acuan dan teran lebih kurang 2-3cm panjang.
  5. Taburkan coklat rice atau pun sugar sprinkle ke atasnya.
  6. Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit atau sehingga kekuningan.

biskut semperitbiskut semperitbiskut semperitbiskut semperitbiskut semperit


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

11 Comments »

Leave a Reply