Apam Santan Pelangi Kukus yang Mudah

Assalamualaikum. Apam adalah antara kuih yang menjadi kegemaran saya dan keluarga terutama anak-anak. Jadi memang banyak jenis apam yang pernah saya buat. Kali ni saya nak cuba resepi apam santan pula. Mak saya bagitau yang dia selalu buat apam santan masa dulu untuk jualan. Tapi sekarang dah lama dia tak jual kuih apam santan, resepi pun dah lupa. Hehe. Kemudian saya cuba mencari resepi apam santan dan cuba membuatnya lebih kurang macam resepi kuih apam seri ayu tapi menggunakan santan. Alhamdulillah resepi ni menjadi dan sangat lembut walaupun dah sejuk. Bahan yang paling penting untuk membuat apam ni semestinya santan. Jadi saya memilih santan yang paling berkualiti iaitu M&S Santan.

apam santan

Continue reading “Apam Santan Pelangi Kukus yang Mudah”

Apam Mekar Aiskrim Soda Gebu

Apam Mekar Aiskrim Soda Gebu

Assalamualaikum.. Ini percubaan kali ke 3 saya buat apam mekar aiskrim soda ni setelah fail 2 kali. Hehe.. Sebenarnya bukan lah fail sangat. 2 kali saya buat tu apam jadi lembut dan sedap cuma dia tak jadi kembang merekah macam dalam video kat bawah ni. Percubaan kali pertama tak jadi mungkin sebab ovalette dah expired. Haha.. Memang dah lama beli ovalette tu. Sebab guna sikit-sikit je, so lama la boleh simpan. Bila nak guna hari tu saya lupa pulak nak tengok tarikh luputnya. Dengan confidentnya buat apam guna ovalette yang expired. Haha.. Percubaan kali ke2 pulak mungkin apam tu tak jadi mekar sebab air aiskrim soda yang saya guna dah dibukak sehari sebelum nak buat tu. Actually air aiskrim soda tu lebihan air yang 1st trial tu. Hehe.. Mungkin sebab gasnya dah kurang, apam pun tak berapa nak naik kembang mekar. So kesimpulannya kena guna bahan-bahan yang elok untuk buat apam mekar aiskrim soda ni. Continue reading “Apam Mekar Aiskrim Soda Gebu”

Apam Nasi Lembut dan Gebu

apam nasi

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak kongsikan resepi apam nasi yang lembut, gebu dan sedap lagi meriah. ? Dah lama suami suruh buatkan kuih apam ni tapi belum berkesempatan. Kebetulan pulak hari tu baru beli acuan kuih lompang. Jadi bersemangat sikit nak buat kuih apam nasi ni guna acuan yang kecil comel tu. Hehe.. Kalau tak ada acuan kuih lompang no pun tak apa. Kukus je dalam 1 bekas yang besar. Cuma tambahkan sikit masa mengukus.

Continue reading “Apam Nasi Lembut dan Gebu”