Assalamualaikum. Apam adalah antara kuih yang menjadi kegemaran saya dan keluarga terutama anak-anak. Jadi memang banyak jenis apam yang pernah saya buat. Kali ni saya nak cuba resepi apam santan pula. Mak saya bagitau yang dia selalu buat apam santan masa dulu untuk jualan. Tapi sekarang dah lama dia tak jual kuih apam santan, resepi pun dah lupa. Hehe. Kemudian saya cuba mencari resepi apam santan dan cuba membuatnya lebih kurang macam resepi kuih apam seri ayu tapi menggunakan santan. Alhamdulillah resepi ni menjadi dan sangat lembut walaupun dah sejuk. Bahan yang paling penting untuk membuat apam ni semestinya santan. Jadi saya memilih santan yang paling berkualiti iaitu M&S Santan.
Apa yang saya suka tentang M&S Santan ni ialah baunya yang wangi dan segar. Lepas tu kepekatan M&S santan ni sederhana. Tak terlalu pekat dan tak cair. Sedang-sedang je. Memang sesuai sangat la nak buat apam ni. Dah tak perlu nak tambah air lagi dah. Warna santan ni putih krim yang menunjukkan keaslian santan daripada kelapa sebenar. Apam santan yang dihasilkan dengan menggunakan M&S Santan ni memang sangat harum baunya terutama semasa ianya baru lepas dikukus.
Pada resepi-resepi apam yang pernah saya buat sebelum ni, ramai yang bertanyakan macam mana nak dapatkan apam yang gebu dan kenapa apam boleh menjadi keras atau liat bila dah sejuk. Jadi kat sini saya kongsikan sikit tips untuk mendapatkan apam yang lembut dan gebu walaupun setelah sejuk dan dibiarkan 2-3 hari. Untuk jenis apam yang menggunakan ovalette, adunan telur, gula dan ovalette perlu dipukul sehingga betul-betul gebu dan kembang. Adunan yang cukup kembang akan menjadi ringan dan berwarna putih. Pukul mestilah dengan menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi. Semasa memasukkan tepung pula, mesti menggunakan keadah kaup balik saja. Jangan pukul menggunakan mixer. Pukulan tepung yang terlalu kuat akan menghasilkan apam yang agak liat apabila ianya sejuk.
Ok sebelum korang mencuba resepi apam santan pelangi kukus ni, jom tengok dulu video cara penyediaannya kat bawah ni supaya lebih mudah untuk faham dan menghasilkan apam santan yang lembut dan sedap.
Bahan-bahan apam santan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 3 biji telur
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu kecil esen vanila
- 200ml @ 1 kotak kecil M&S santan
- Pewarna pilihan
Cara-cara:
- Ayakkan tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
- Pukul telur bersama gula, ovalette dan juga esen vanilla sehingga betul-betul kembang, gebu dan ringan. Pukul dengan kelajuan yang tinggi.
- Masukkan santan dan pukul sebentar.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit secara kaup balik.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe ke dalam acuan kecil.
- Kukus adunan selama 10 minit atau sehingga masak. Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo