Frambozen Kenari yang Rangup, Chewy dan Lembut

Assalamualaikum. Frambozen kenari? Nama cookies yang pelik tapi sangat sedap. Jangan tanya saya kenapa nama dia frambozen kenari sebab saya sendiri pun tak tahu mana asal usul nama cookies ni. Hehe. Rasa dia bahagian bawah tu macam cookies @ biskut raya lebih kurang. Bahagian atas pula rasa chewy dengan permukaan yang crunchy. Memang sangat sedap buat kudap-kudapan.

frambozen kenari

Sebenarnya saya tertarik untuk buat frambozen kenari ni sebab tengok cookies ni nampak sangat cantik. Sebelum ni saya langsung tak pernah makan frambozen kenari ni. Ni kali pertama saya mencuba dan rasa dia memang tersangat sedap. Cuma ianya perlu menggunakan filling yang ada rasa sedikit masam supaya cookies ni tidak terlalu manis. Selalunya filling yang kurang rasa manis ni boleh didapati di kedai yang menjual bahan-bahan kek. Kalau korang guna jem yang dalam botol, kena kurangkan gula di dalam adunan doh dan juga adunan putih telur.

Untuk adunan ni, saya menggunakan loyang 9×9 inci. Boleh gunakan loyang yang lebih besar supaya frambozen kenari ni jadi lebih nipis dan crunchy. Okay jom tengok cara penyediaan frambozen kenari kat video bawah ni supaya lebih senang nak faham. Jangan lupa subscribe YouTube Channel buat orang lapo ye. Hehe..

 

Advertisements

Bahan-bahan frambozen kenari:

  • 200gm Mentega
  • 50gm Gula Kastor
  • 250gm Tepung Gandum
  • 50gm Serbuk Badam
  • Inti Strawberry / Raspberry

Bahan royal aising:

  • 2 Putih Telur
  • 70gm Gula Aising
  • 1 Sb Tepung Jagung

Hiasan:

  • Badam
  • Kuaci Biji Labu

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dengan gula kastor sehingga sebati dan sedikit kembang.
  2. Masukkan tepung gandum dan serbuk badam. Pukul lagi sehingga sekata dan kemudian uli adunan sehingga menjadi doh.
  3. Ratakan doh tadi ke dalam loyang pembakar bersaiz 9 inci. Cucuk dengan garfu untuk mengeluarkan angin semasa membakar.
  4. Bakar doh pada suhu 170°c selama 25 minit. (panaskan oven terlebih dahulu)
  5. Sementara membakar, pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kental dan kaku.
  6. Masukkan tepung jagung dan kaup balik sehingga rata.
  7. Sapukan inti strawberi atau blueberi di atas doh yang telah dibakar tadi dan ratakan pulak royal aising tadi di atasnya.
  8. Tabur kepingan badam dan juga kuaci biji labu.
  9. Bakar adunan pada suhu 120°c selama 60 minit atau sehingga masak.

Nota:

– Untuk filling, boleh guna filling yang ada rasa sedikit masam supaya cookies ni tidak terlalu manis. Kalau guna jem dalam botol yang dah manis, boleh kurangkan sedikit gula di dalam adunan putih telur.

Tips membuat meringue (putih telur):

  • Pastikan bekas dan semua alatan untuk memukul telur bersih dan kering.
  • Pastikan putih telur tidak tercampur dengan kuning telur, tidak termasuk minyak atau air atau sebarang bendasing.
  • Pukul dengan kelajuan yang tinggi sehingga meringue kental dan bertanduk. (boleh terbalikkan mangkuk selama 10 saat. Jika meringue tidak jatuh bermakna ianya sedia untuk digunakan)
Advertisements

frambozen kenariframbozen kenari

frambozen kenari


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.