Kek Karamel Pelangi Sedap dan Lembut

Assalamualaikum. Atas permintaan ramai, saya cuba membuat kek karamel pelangi yang pernah viral dulu. Kek karamel pelangi ni adalah gabungan pencuci mulut puding karamel dan juga kek span yang sangat lembut. Walaupun cara membuatnya agak panjang, tapi hasil dan rasanya amat memuaskan dan sedap. Jadi, hasil kerja keras untuk membuat kek karamel pelangi ni memang sangat berbaloi dengan kesedapannya. Hehe.

kek karamel pelangi

Puding karamel ni juga boleh digandingkan dengan pelbagai jenis kek yang lain seperti kek coklat dan sebagainya. Tapi bergantung kepada jenis kek sama ada puding perlu dikukus dahulu atau tidak. Untuk kek jenis yang ringan seperti kek span ni, puding tak perlu dikukus. Manakala untuk kek yang lebih berat seperti kek coklat lembab, puding perlu dikukus terlebih dahulu kerana adunan kek yang berat akan tenggelam ke dalam puding.

Untuk membuat kek span yang lembut ni, saya menggunakan krim of tartar yang dipukul bersama putih telur. Krim of tartar ni sangat penting tau untuk jadikan kek span lembut dan gebu. Fungsinya untuk menstabilkan putih telur dan mengekalkan tekturnya apabila dipukul. So kek akan jadi lebih lembut dan gebu. Krim of tartar ni boleh dibeli di kedai yang menjual barangan kek ataupun di pasaraya. Kalau tak jumpe krim of tartar ni boleh gantikan dengan jus lemon.

Ok sebelum korang try buat kek karamel pelangi ni, jom tengok cara penyediaan kat dalam video yang best kat bawah ni. Lepas tengok nanti mesti rasa senang je nak buat. Hehe.

Bahan-bahan Kek Karamel Pelangi:

Karamel :

  • 2 Sb Gula

Cara-cara:

  1. Masak 2 sb gula sehingga menjadi keperangan (jadi karamel) dan terus masukkan gula karamel ini ke dalam loyang. Ketepikan.

Puding :

  • 400ml Susu Segar
  • 6 Sb Gula
  • 4 Biji Telur
  • 1 sk Esen Vanila

Cara-cara:

  1. Panaskan susu segar dan kacau bersama gula sehingga gula larut. (tak perlu sampai mendidih.
  2. Pukul telur dan esen vanila sehingga telur hancur.
  3. Masukkan susu yang telah dipanaskan tadi dan kacau rata.
  4. Tapiskan adunan susu ini ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi. Ketepikan. (tak perlu dikukus)

Kek :

  • 5 Biji Putih Telur
  • 1/2 sk Cream Of Tartar (@ 1 sk jus lemon)
  • 80gm Gula
  • 5 Biji Kuning Telur
  • 40gm Gula
  • 40ml Minyak Jagung
  • 50ml Susu Segar
  • 1 sk Esen Vanila
  • 100gm Tepung Naik Sendiri
  • Pewarna Makanan

Cara-cara:

  1. Pukul putih telur bersama cream of tartar sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul sehingga adunan menjadi kental dan kaku. Ketepikan.
  3. Kacau kuning telur bersama gula, minyak, susu segar dan esen vanila sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak dan kacau lagi sehingga sebati.
  5. Masukkan 1/3 adunan putih telur tadi dan kaup balik dengan menggunakan whisk secara perlahan sehingga sebati. Kemudian masukkan lagi 1/3 lagi adunan telur putih. Kaup balik lagi dan masukkan bahagian terakhir putih telur. Kaup balik sehingga sabati.
  6. Bahagian adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan.
  7. Letakkan adunan ini ke atas puding yang telah disediakan tadi secara berselang seli sehingga habis.
  8. Bakar dengan menggunakan teknik waterbath selama 50 minit pada suhu 165°c atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. (panaskan oven terlebih dahulu)

Nota:

  • Saya guna loyang 7×7 inci.
  • Untuk bahagian puding, jangan kacau susu dan telur terlalu kuat dan lama untuk mengelakkan puding berlubang setelah dimasak.
  • Berhati-hati semasa terbalikkan kek supaya caramel tidak pecah.

Tips membuat meringue (putih telur):

  • Pastikan bekas dan semua alatan untuk memukul telur bersih dan kering.
  • Pastikan putih telur tidak tercampur dengan kuning telur, tidak termasuk minyak atau air atau sebarang bendasing.
  • Pukul dengan kelajuan yang tinggi sehingga meringue kental dan bertanduk. (boleh terbalikkan mangkuk selama 10 saat. Jika meringue tidak jatuh bermakna ianya sedia untuk digunakan)

kek karamel pelangi

kek karamel pelangi

kek karamel pelangi


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply