Macarons dengan Filling Nutella

Assalamualaikum. Macarons ni sejenis kudapan manis yang berasal dari perancis. Macarons diperbuat daripada serbuk badam, gula dan putih telur dan dibentuk menjadi shell. Bahan yang digunakan untuk membuat macarons ni sangat mudah tetapi cara dan teknik untuk membuatnya agak sukar. Kena buat dengan penuh teliti untuk mendapatkan macarons yang sempurna.

macarons cover.jpg

Percubaan kali pertama saya buat macaron ni kurang menjadi. Walaupun macaron kembang dengan cantik, tapi teksturnya nampak kasar kerana serbuk badam yang kurang halus. Untuk percubaan kali kedua, saya menapis dulu serbuk badam sebelum menimbang untuk mendapatkan hasil yang lebih halus. Kemudian timbang lagi sekali bersama gula aising. Lepas ayak untuk kali pertama baru la saya menyukat serbuk badam untuk mendapatkan sukatan yang tepat. Boleh juga kisarkan serbuk badam ni tapi kena hati-hati dan jangan terlalu lama kerana serbuk badam yang dikisar mungkin akan mengeluarkan minyak yang akan menyebabkan macaron kurang menjadi.

Dalam video ni saya gunakan Nutella sebagai filling macaron. Boleh la apa-apa filling kegemaran masing-masing. Kalau rajin lagi boleh buat filling sendiri seperti cream cheese, vanilla, buttercream dan sebagainya.

File gambar macaron ni dah terhilang la pulak. 1 gambar je yang terselamat. So saya letak 1 gambar je la ye. Hehe. Tapi jangan risau, nak lebih details tentang resepi macaron ni boleh tengok resepinya kat dalam video kat bawah ni. Lepas tu jangan lupa subscribe YouTube Channel kami tau. 😉

Bahan-bahan Macarons:

  • 140 gm Gula Aising
  • 80 gm Serbuk Badam
  • 80 gm Putih Telur
  • 65 gm Gula Kastor
  • Pewarna pilihan

Cara-cara:

  1. Ayak gula aising bersama serbuk badam.
  2. Pukul putih telur sehingga kembang.
  3. Masukkan gula kastor ke dalam putih telur dan pukul lagi sehingga bertanduk.
  4. Kaup balik bahan yang di ayak tadi bersama putih telur sehingga sekata.
  5. Masukkan pewarna pilihan dan kacau sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipekan adunan ke atas baking paper.
  7. Ketuk loyang adunan untuk mengeluarkan udara dan mendapatkan macaron dan rata dan licin.
  8. Biarkan adunan selama lebih kurang 30 minit atau sehingga adunan kering.
  9. Bakar selama 15 minit pada suhu 140°c bergantung kepada oven masing-masing. (panaskan oven terlebih dahulu)
  10. Apabila telah sejuk, pipekan nutella pada macaron dan lapikkan satu lagi macaron diatasnya. Sedia untuk dinikmati.

Tips:

  • Boleh ayak serbuk badam terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil yang lebih halus sebelum diayak sekali lagi bersama gula aising.
  • Jika tidak mempunyai mould, tekap duit syiling atau tutup botol ke atas kertas putih dan letakkan kertas ini di bawah baking paper untuk mendapatkan bentuk yang sama besar. Keluarkan kertas ini sebelum membakar macaron.
  • Pastikan adunan betul-betul kering sebelum dibakar. Boleh rasa dengan jari untuk memastikan adunan kering dan tidak melekat dijari.

macarons


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

1 Comment »

Leave a Reply