Ayam Goreng Pedas Korea Tanpa Gochujang

Assalamualaikum. Atas permintaan ramai kali ni saya cuba buat resepi ayam goreng Korea pedas @ Korean spicy chicken, iaitu makan Korea yang menjadi kegemaran ramai. Korean spicy chicken ni adalah ayam yang digoreng rangup dan disalut dengan sambal yang pedas manis dan dihias dengan taburan bijan. Dalam resepi ni saya tidak menggunakan gochujang, tetapi menggantikannya dengan cili pes biasa. Rasanya bukanlah 100% sama tapi pada selera saya ianya hampir-hampir sama dan yang pastinya memang sedap.

ayam goreng korea

Saya pernah makan korean spicy chicken ni di restoran. Rasanya memang sangat pedas dan agak manis. Resepi yang saya kongsikan ni tak la berapa pedas sangat. Kalau korang nak lebih pedas boleh tambahkan serbuk cili atau lebihkan cili pes. Saya tidak menggunakan gochujang kerana ianya agak sukar untuk didapati dan harganya agak mahal. Jadi gochujang ni boleh digantikan dengan apa-apa hot chilli paste yang ada dipasaran ataupun boleh dibuat sendiri. Madu, gula dan juga cuka boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing.

Ayam tu saya goreng 2 kali untuk menjadikan dia lebih garing dan crispy. Boleh juga goreng sekali je tapi tips ni akan menjadikan ayam kekal rangup lebih lama. Kalau nak lebih senang boleh gunakan apa-apa jenis tepung goreng ayam segera. Rasanya cara ni lebih senang dan mudah. Hehe.

Ok jom kita tengok video cara penyediaan korean spicy chicken kat bawah ni yang akan buat korang lapo. Jangan lupa subcribe 😉

Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Korea :

Perapan:

  • 8 Ketul Ayam
  • 3 Ulas Bawang Putih (ditumbuk halus)
  • 1/2 sk Garam
  • 1 sk Serbuk Lada Putih
  • 1 sk Serbuk Lada Hitam
  • 1 Cawan Tepung Jagung
  • 1 sk Soda Bikarbonat

Bahan Sos:

  • 1/2 Bawang Merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 4 Sb Pes Cili Pedas (@gochujang)
  • 3 Sb Sos Cili
  • 3 Sb Madu
  • 1 Sb Kicap Cair
  • 1 Sb Cuka
  • Air
  • Garam
  • Bijan

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam, gaul ayam dengan bawang putih, garam, serbuk lada hitam dan putih sehingga rata. Perap seketika (lupa mention dalam video)
  2. Gaul tepung jagung bersama soda bikarbonat. Salutkan ayam sehingga rata.
  3. Goreng ayam di dalam minyak yang panas (deep fry) lebih kurang 5 minit. Angkat dan biarkan seketika. Goreng semula sehingga garing. Ketepikan.
  4. Tumis bawang merah dan bawang putih seketika.
  5. Masukkan pes cili, sos cili, madu, kicap cair dan cuka. Gaul sehingga rata dan sedikit garing. (semua bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing)
  6. Tambahkan air jika terlalu kering.
  7. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sos sehingga garing dan bertukar menjadi warna sedikit gelap.
  8. Masukkan ayam yang telah digoreng garing tadi dan gaul rata.
  9. Hiaskan dengan bijan.

Tips:

  • Pes cili boleh dibeli yang sedia ada atau dibuat sendiri. Caranya, rebus cili kering sehingga lembut, kisar sehingga halus dengan sedikit minyak.
  • Boleh tambah serbuk cili jika suka lagi pedas.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

1 Comment »

Leave a Reply