Pau Sambal a.k.a Burger Malaysia

Assalamualaikum. Pau sambal ataupun dikenali juga dengan nama burger malaysia ni memang menjadi kegemaran ramai terutamanya untuk hidangan sarapan pagi ataupun minum petang. Kat tempat saya ni kebiasaannya pau sambal ni banyak dijual digerai-gerai tepi jalan yang menjual sarapan pagi. Cuma biasa ada yang sedap, ada yang tak berapa sedap, ada yang tak cukup sambal, macam-macam ada. Hehe. Jadi hari ni saya nak kongsikan cara buat pau sambal a.k.a burger malaysia yang sedap sehingga menjilat jari. Hehe.

Continue reading “Pau Sambal a.k.a Burger Malaysia”

Potato Wedges dengan Sos Cheese

potato wedges

Assalamualaikum.. Siapa yang suka makan potato wedges yang macam kat KFC tu? Ha..hari ni saya nak share resepi potato wedges dengan sos cheesenya sekali. Senang je sebenarnya nak buat potato wedges ni. Masa buat resepi ni saya buat guna 3 biji kentang je. Rasanya macam dah banyak sangat, rupanya tak cukup. Berebut anak-anak makan ?. Suka tengok anak-anak berselera makan makanan hasil air tangan sendiri. Hehe.

potato wedges
Continue reading “Potato Wedges dengan Sos Cheese”

Korean Spicy Chicken Tanpa Gochujang

Assalamualaikum. Atas permintaan ramai kali ni saya cuba buat resepi ayam Korea pedas @ Korean spicy chicken, iaitu makan Korea yang menjadi kegemaran ramai. Korean spicy chicken ni adalah ayam yang digoreng rangup dan disalut dengan sambal yang pedas manis dan dihias dengan taburan bijan. Dalam resepi ni saya tidak menggunakan gochujang, tetapi menggantikannya dengan cili pes biasa. Rasanya bukanlah 100% sama tapi pada selera saya ianya hampir-hampir sama dan yang pastinya memang sedap.

Continue reading “Korean Spicy Chicken Tanpa Gochujang”

Apam Santan Pelangi Kukus yang Mudah

Assalamualaikum. Apam adalah antara kuih yang menjadi kegemaran saya dan keluarga terutama anak-anak. Jadi memang banyak jenis apam yang pernah saya buat. Kali ni saya nak cuba resepi apam santan pula. Mak saya bagitau yang dia selalu buat apam santan masa dulu untuk jualan. Tapi sekarang dah lama dia tak jual kuih apam santan, resepi pun dah lupa. Hehe. Kemudian saya cuba mencari resepi apam santan dan cuba membuatnya lebih kurang macam resepi kuih apam seri ayu tapi menggunakan santan. Alhamdulillah resepi ni menjadi dan sangat lembut walaupun dah sejuk. Bahan yang paling penting untuk membuat apam ni semestinya santan. Jadi saya memilih santan yang paling berkualiti iaitu M&S Santan.

apam santan

Continue reading “Apam Santan Pelangi Kukus yang Mudah”

Frambozen Kenari yang Rangup, Chewy dan Lembut

Assalamualaikum. Frambozen kenari? Nama cookies yang pelik tapi sangat sedap. Jangan tanya saya kenapa nama dia frambozen kenari sebab saya sendiri pun tak tahu mana asal usul nama cookies ni. Hehe. Rasa dia bahagian bawah tu macam cookies @ biskut raya lebih kurang. Bahagian atas pula rasa chewy dengan permukaan yang crunchy. Memang sangat sedap buat kudap-kudapan.

frambozen kenari

Continue reading “Frambozen Kenari yang Rangup, Chewy dan Lembut”

Kek Karamel Pelangi Sedap dan Lembut

Assalamualaikum. Atas permintaan ramai, saya cuba membuat kek karamel pelangi yang pernah viral dulu. Kek karamel pelangi ni adalah gabungan pencuci mulut puding karamel dan juga kek span yang sangat lembut. Walaupun cara membuatnya agak panjang, tapi hasil dan rasanya amat memuaskan dan sedap. Jadi, hasil kerja keras untuk membuat kek karamel pelangi ni memang sangat berbaloi dengan kesedapannya. Hehe.

kek karamel pelangi

Continue reading “Kek Karamel Pelangi Sedap dan Lembut”