Apam Lenggang @ Apam Puri Koko



Assalamualaikum semua. Hai semua. Pada hari ini saya nak kongsikan cara untuk membuat sejenis kuih apam iaitu apam lenggang koko atau ada juga yang panggil apam puri koko. Kuih ni mungkin ada macam-macam nama. Tapi yang penting rasanya memang sangat sedap. Bahagian kulitnya sangat lembut dan gebu. Rasa intinya pula sangat creamy dan tak terlalu manis. 1 adunan ni boleh dapat lebih kurang 20 biji kuih apam yang gebu. Kuih apam ni sesuai untuk dijadikan minum petang bersama keluarga. Boleh juga dijadikan sebagai idea untuk jualan. Selamat mencuba. 

Saya ada sediakan video cara membuat apam lenggang koko kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

Bahan untuk kulit:

  • 280 gm (2 ¼ cawan) Tepung Gandum
  • 3 sudu besar Serbuk Koko
  • 3 sudu besar Gula
  • ½ sudu kecil Yis
  • ½ sudu kecil Garam
  • 1 biji Telur
  • 500 ml (2 cawan) Air

Bahan untuk inti:

  • 100 gm (½ cawan) Gula
  • 1 biji Telur
  • 1 biji Kuning Telur
  • ¼ sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 60 gm (½ cawan) Tepung Jagung
  • 500 ml (2 cawan) Susu Penuh Krim
  • 30 gm Mentega

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, gula, yis dan garam ke dalam mangkuk dan kacau sehingga rata. Masukkan pula telur dan air sedikit demi sedikit sambil kacau semua bahan hingga sebati. Tapis adunan, tutup dan perap lebih kurang 1 jam.
  2. Seterusnya, sediakan inti pula. Masukkan gula, telur, kuning telur, garam dan esen vanilla ke dalam periuk. Kacau hingga sebati. Ambil tepung jagung dan bancuhkan dengan sedikit susu penuh krim sehingga dan kacau hingga sebati dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian, tuangkan lebihan susu penuh krim tadi ke dalam periuk dan lagi kacau sehingga semuanya larut dan sebati.
  3. Masak adunan di atas api yang kecil sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Sentiasa kacau adunan supaya tidak mudah hangit. Apabila inti telah masak tutup api dan angkat, kemudian terus masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair dan sebati dengan inti. Ketepikan dahulu dan biarkan inti sejuk sebelum digunakan.
  4. Langkah seterusnya, panaskan kuali non stick dan tuangkan sedikit adunan tepung yang telah diperap tadi. Masak sehingga permukaan atas adunan tepung menjadi kering dan boleh angkat.
  5. Akhir sekali, boleh letakkan sedikit inti di atas kulit apam dan lipat dua. Kepitkan menggunakan jari ditepi kulit apam semasa masih panas supaya kulit melekat dengan elok. Siap! Sedia untuk dimakan.

Tips:

  • Pastikan inti sentiasa dikacau semasa dimasak dan gunakan api yang kecil untuk mengelakkan inti berketul-ketul dan mudah hangit.
  • Boleh guna acuan karipap untuk membentuk kulit kuih apam supaya lebih kemas dan cantik.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top