Roti Sandwich Goreng Dan Rahsia Buat Tepung Rangup


Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya nak buat resepi sandwich goreng dengan bancuhan tepung yang sangat rangup. Selalunya kalau sandwich kita makan macam tu je kan? Tapi kali ni saya nak buat yang borgoreng pulak. Hehe.. Inti sandwich ni saya buat inti sardin. Boleh pelbagaikan intinya mengikut kesukaan masing-masing contohnya seperti ayam, daging, udang, sardin, tuna dan lain-lain. Dengan bahan-bahan yang mudah, kita boleh menghasilkan adunan tepung yang sangat rangup dan boleh digunakan untuk menggoreng pisang, keledek, cempedak dan macam-macam lagi. Sedap sangat makan panas-panas! Rangup diluar dan lembut di dalamnya. Selamat mencuba.

Sebelum korang cuba buat resepi roti sandwich goreng ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan roti sandwich goreng:

  • 1 tin kecil Sardin
  • Minyak Masak
  • 1 biji Bawang Besar
  • Daun Bawang (dihiris)
  • Garam (secukup rasa)
  • Air Limau (secukup rasa)
  • Roti
  • Air + Tepung Gandum
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1/3 cawan Tepung Beras
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • 1 cawan Air (lebih kurang)
  • 3-4 sudu besar Minyak Panas

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula sediakan inti dahulu. Ambil sardin dan asingkan kuahnya.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan isi ikan sardin tadi. Kacau rata sambil hancurkan ikan sardin.
  3. Kemudian, masukkan daun bawang, perasakan dengan sedikit garam dan air limau. Kacau lagi sehingga sebati. Angkat dan ketepikan dahulu.
  4. Ambil sekeping roti, gelek atau leperkan roti. Letakkan inti sardin tadi diatas roti (separuh sahaja) dan sapukan air bancuhan tepung gandum di sekeliling roti untuk melekatkan roti. Lipat dua roti dan kemaskan kelilingnya. Ulang proses yang sama, buat sehingga semua inti sardin habis.
  5. Seterusnya, panaskan minyak. Sementara menunggu minyak panas, boleh bancuh tepung untuk menggoreng roti. Sediakan mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung beras, garam dan kunyit. Kemudian, masukkan air dan kacau sehingga tepung sebati dan tidak teralu cair. Tambahkan minyak yang telah dipanaskan tadi ke dalam bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati.
  6. Akhir sekali, celupkan roti tadi dengan bancuhan tepung dan goreng dengan api yang besar sehingga kekuningan dan garing. Siap! Sedia untuk dimakan.

Tips:

  • roti perlu digelek atau dileperkan supaya tidak menyerap minyak semasa digoreng.
  • minyak yang dimasukkan ke dalam bancuhan tepung perlu betul-betul panas supaya tepung menjadi rangup.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top