Kek Marble Lebih Sedap Guna Bahan Special

Assalamualaikum dan hi semua. Pada perkongsian kali ni saya nak share satu lagi resepi kek iaitu kek marble yang menggunakan satu bahan special. Bila bercakap mengenai kek marble ni, biasanya kita akan guna serbuk koko untuk dicampur di dalam bahagian coklatnyakan? Tapi saya gunakan bahan special iaitu coklat masakan gelap yang dicairkan untuk bahagian coklat dalam kek marble ini yang menjadikannya lebih sedap, gebu dan moist. Kek ni tak manis sangat, sedang-sedang je rasa dia. Jadi kalau korang nak lebih manis, boleh lebihkan 2 sudu besar gula kastor semasa membuat adunan kek ni. Selamat mencuba.

Sebelum korang cuba untuk buat resepi kek marble ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk kek marble:

  • 100 gram Coklat Masakan Gelap
  • 100 gram Gula Kastor (½ Cawan)
  • 125 gram Mentega
  • 2 Biji Telur
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 155 gram Tepung Gandum (1 ¼ Cawan)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 80 ml Susu Segar (1/3 Cawan)

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula, ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Ketepikan dahulu.
  2. Cairkan coklat masakan gelap dengan menggunakan kaedah double boiler atau masukkan dalam microwave.
  3. Sementara menunggu coklat cair, masukkan gula kastor dan mentega ke dalam mangkuk dan pukul menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan gebu. Kemudian, masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen vanilla sambil terus pukul sehingga telur sebati.
  4. Seterusnya, masukkan tepung yang diayak tadi dan susu segar secara berselang seli, sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan paling perlahan sehingga kesemuanya habis. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian biarkan kosong dan masukkan 1 bahagian lagi ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan tadi. Kacau hingga sebati.
  6. Sediakan acuan atau loyang yang bersaiz 6″x6″ yang telah dioleskan dengan mentega dan dilapik dengan baking paper.
  7. Sementara itu, boleh panaskan oven terlebih dahulu selama lebih kurang 10 minit.
  8. Masukkan adunan coklat dan adunan yang kosong tadi ke dalam loyang secara berselang seli sehingga habis. Hentakkan sikit loyang supaya adunan rata. Taburkan hirisan badam diatasnya jika suka.
  9. Bakar kek pada suhu 160°C selama 40-45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
  10. Apabila kek dah masak, terbalikkan kek dan sejukkan di atas redai. Bila kek dah sejuk boleh potong mengikut kesesuaian dan hidangkan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top