Laksa Mudah Tanpa Rebus Ikan

Assalamualaikum. Hai semua. Kali ni saya kongsikan cara untuk membuat laksa dengan lebih mudah dan cepat. Dalam resepi ni saya gunakan ikan sardin dalam tin supaya lebih mudah dah cepat untuk disediakan dan tak perlu nak rebus dan asingkan ikan. Yang penting rasanya memang sangat sedap. Hehe.. Bahan wajib yang perlu ada untuk menyedapkan rasa laksa ialah daun kesum dan bunga kantan. Jadi pastikan ada 2 bahan ni dulu sebelum nak buat laksa. Kalau buat laksa sendiri, boleh buat kuah yang pekat ikut selera kita. Kalau kuah pekat, baru la melekat kat mi nya dan sedap nak makan. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video cara membuat laksa ikan sardin kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • 2 biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 8-10 tangkai Cili Kering
  • 1 inci Belacan
  • Air
  • 400 gm Sardin
  • 155 gm Sardin
  • Air
  • 1 batang Bunga Kantan
  • 1 genggam Daun Kesum
  • 3-4 keping Asam Keping
  • Garam (secukup rasa)

Cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili kering dan belacan ke dalam blender dan kisar kasar. Kemudian, masukkan 1 tin sardin saiz sederhana dan juga 1 tin sardin saiz kecil, kisar lagi semua bahan sehingga halus.
  2. Ambil lagi 1 tin sardin saiz kecil, masukkan ke dalam mangkuk dan hancur-hancur kasar guna garfu je.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya untuk kuah. Masukkan juga sardin yang dihancur kasar tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan pula bunga kantan, daun kesum dan asam keping secukupnya. Kacau rata dan tutup periuk dan biarkan kuah mendidih. Masukkan garam secukup rasa, kacau sekejap dan boleh tutup api.
  5. Seterusnya, boleh celur atau rebus laksa sehingga lembut. Angkat dan toskan sambil lalukan pada air paip supaya laksa tidak melekat.
  6. Potong atau hiris cili besar merah, salad, bawang besar, timun dan telur rebus.
  7. Akhir sekali, boleh hidangkan laksa dengan kuahnya dan semua bahan-bahan yang dihiris tadi. Siap! Sedia untuk dimakan.

Tips:

  • Tambahkan asam keping secukupnya sebab laksa perlu ada rasa masam, baru sedap.
  • Wajib letak daun kesum dan bunga kantan untuk bagi lebih sedap dan wangi.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo