Biscoff Butter Cookies Lembut Tapi Rangup

Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak kongsikan salah satu biskut kegemaran saya iaitu bisscoff butter cookies. Biscoff ni bukan sahaja boleh buat cheese cake, buat biskut raya pun sedap jugak. Resepi ni akan menghasilkan biscoff butter cookies yang lembut dan juga rangup. Ianya sesuai dibuat untuk hari raya ataupun boleh juga dibuat untuk berniaga. Adunan yang saya buat ni boleh menghasilkan 90 hingga 100 biji biskut bergantung kepada saiz yang kita buat.

Sebelum korang cuba buat resepi biscoff butter cookies ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • 250 gm Mentega
  • 100 gm Sapuan Biscoff
  • 60 gm Gula Aising
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 260 gm Tepung Gandum
  • 40 gm Tepung Jagung
  • ½ sudu kecil Emplex
  • 30 gm Biskut Biscoff (hancur)
  • Sapuan Biscoff
  • Biskut Biscoff (hancur)

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan mentega, sapuan biscoff, gula aising dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Pukul semua bahan menggunakan senduk kayu atau whisk sahaja sehingga sebati. Tak perlu pukul terlalu lama.
  2. Seterusnya, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak serta masukkan juga emplex. Kacau kesemuanya sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut. Kemudian, masukkan biskut biscoff yang telah dihancurkan. Kacau lagi sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan doh tadi ke dalam piping bag yang ada nozel bersaiz besar.
  4. Sediakan loyang yang sesuai yang telah disapukan dengan sedikit mentega diatasnya. Paipkan doh tadi diatas loyang sehingga habis. Buatkan lubang kecil ditengah-tengah biskut dan paipkan sapuan biscoff dan taburkan dengan sedikit biskut biscoff yang telah dihancurkan diatasnya.
  5. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150°C selama 18-20 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo