Fettuccine Carbonara Prego Simple 

fettuccine carbonara prego

Assalamualaikum.. Hi semua.. Entry kali ni saya kongsikan pula menu favourite anak-anak saya iaitu fettuccine carbonara prego simple. Resepi ni memang sangat simple dan cepat untuk dimasak sebab saya menggunakan sos carbonara prego. Hehe. Cuma saya tambah sedikit bahan lain untuk jadikan carbonara ni lebih sedap dan menyelerakan. Actually, carbonara ni jadi favourite anak-anak sebab rasa yang berlemak dan yang penting tak ada rasa pedas. Tapi untuk mak ayah makan, boleh juga taburkan chili flakes masa nak makan atau tambahkan serbuk cili ke dalam sos carbonara ni. Maklumlah perut orang Malaysia ni mana boleh lari daripada makanan pedaskan.. Hehe.

Continue reading “Fettuccine Carbonara Prego Simple “

Mixed Vege Pasta Goreng Eatalian Express

Mixed Vege Pasta Goreng

Assalammualaikum.. Hari ni saya nak share resepi favourite anak-anak saya iaitu pasta goreng. Tapi kali ni special sikit sebab saya masak guna mixed vege pasta daripada Eatalian Express. Ada yang dah try ke pasta ni? Sedap tau.. anak-anak yang susah nak makan sayur tu boleh cuba bagi makan pasta ni sebab pasta ni 100% natural daripada sayuran segar. Nak masak ni dah tak perlu letak sayur lagi dah. Senang kerja mak-mak nak masak. Hehe.. Lagi pun warna pasta yang berwarna-warni ni mesti menarik minat anak-anak nak makan. Tapi yang paling penting tak ada artificial colouring dalam pasta ni. Yang nampak warna-warni pasta ni semua daripada warna sayuran tu sendiri. Then, ada 4 bentuk pasta yang boleh dipilih. Boleh tengok gambar bentuk-bentuk pasta yang menarik kat bawah ni.

Continue reading “Mixed Vege Pasta Goreng Eatalian Express”

Chicken Parmigiana

chicken parmigiana

Assalamualaikum… Minggu lepas saya dan family pergi makan di Secret Recipe. Suami saya order menu chicken parmigiana. Katanya pernah makan sebelum ni memang sedap. Then dia suruh saya cuba rasa. Rasa sekali memang sedap sangat chicken parmigiana ni rupanya. Rugi saya tak pernah makan sebelum ni. Haha.. Sebab saya ni selalu takut nak cuba menu baru kalau pergi mana-mana. Takut tak sedap nanti rugi bayar mahal-mahal. Haha.. Mesti order yang sama je setiap kali makan kat luar. So lepas try menu baru yang sedap macam ni saya rasa saya patut cuba order makanan yang lain-lain la kot kalau makan kat luar. Continue reading “Chicken Parmigiana”

Ayam Panggang Sos Carbonara

ayam panggang sos carbonara

Assalamualaikum… Hi semua.. pernah dengar @ makan ayam panggang dengan sos carbonara tak? Resepi ni sangat ringkas dan sedap sebab cuma perlu bakar ayam dan buat sos daripada sos carbonara segera. Hehe.. Dah lama saya jumpa resepi ni di Facebook dan dah beberapa kali jugak saya masak ni. Cuma baru sekarang berkesempatan nak update di blog dan buat video. Kalau tak silap resepi ni daripada lina pg. Thanks to her for this awesome recipe.? Tapi saya ada ubah sikit resepinya daripada yang asal ikut citarasa sendiri dan bahan yang ada kat rumah. Hehe.

Continue reading “Ayam Panggang Sos Carbonara”

Ayam Panggang ala Kenny Rogers 

Assalamualaikum. Siapa yang suka makan Kenny Rogers Roasters? Ha sedapkan? Tapi nak makan selalu sangat kat restoran tu mesti fikir 2 3 4 kali kan? Hehe.. Sebab harga yang agak mahal. Baru-baru ni saya ade pergi makan kat situ tapi rasanya portion ayam semakin kecil berbanding dulu. Mungkin untuk menjimatkan kos. So hari ni saya nak kongsikan resepi ayam panggang ala Kenny Rogers ni. Dengan kos yang rendah, kita dapat makan ayam sesedap Kenny Rogers dan boleh buat selalu. Hehe..  Continue reading “Ayam Panggang ala Kenny Rogers “