Mixed Vege Pasta Goreng Eatalian Express

Assalammualaikum.. Hari ni saya nak share resepi favourite anak-anak saya iaitu pasta goreng. Tapi kali ni special sikit sebab saya masak guna mixed vege pasta daripada Eatalian Express. Ada yang dah try ke pasta ni? Sedap tau.. anak-anak yang susah nak makan sayur tu boleh cuba bagi makan pasta ni sebab pasta ni 100% natural daripada sayuran segar. Nak masak ni dah tak perlu letak sayur lagi dah. Senang kerja mak-mak nak masak. Hehe.. Lagi pun warna pasta yang berwarna-warni ni mesti menarik minat anak-anak nak makan. Tapi yang paling penting tak ada artificial colouring dalam pasta ni. Yang nampak warna-warni pasta ni semua daripada warna sayuran tu sendiri. Then, ada 4 bentuk pasta yang boleh dipilih. Boleh tengok gambar bentuk-bentuk pasta yang menarik kat bawah ni.

pasta goreng eatalian express

Apa yang best pasal pasta ni adalah cara nak masaknya. Cuma ambil masa 4-5 minit je nak bagi dia lembut. Jimat masa dan jimat gas jugak. Hehe.. Eatalian Express Pasta ni fresh homemade pasta. By the time kita order, baru dorang akan proses. So kita akan dapat pasta yang fresh. Produk Eatalian Express ni memang sangat bagus dan dorang ada certificate daripada Mardi. Kalau tak percaya boleh tengok gambar kat bawah ni.

pasta goreng eatalian express
Sijil Mardi
pasta goreng eatalian express
Ni adalah jenis sayuran yang terdapat dalam pasta Eatalian Express

Ok kalau dah tau pasal mixed vege pasta ni, boleh la order ye. Hehe.. Boleh search instagram amsa_store atau terus contact no 013-6018318 untuk beli eatalian express mixed vege pasta ni. Lepas tu korang boleh try resepi yang sangat simple dan sedap kat bawah ni. Walaupun pasta ni diperbuat daripada sayur, tapi saya tabur jugak carrot dalam pasta ni sebab anak-anak saya memang suka sangat meratah carrot. Jadi double khasiat untuk dorang. Hehe..

Bahan-bahan untuk Mixed Vege Pasta Goreng Eatalian Express:

  • 200 gram Mixed Vege Pasta (rebus-letakkan sedikit garam dan minyak semasa merebus)
  • 1 biji Bawang merah (ditumbuk)
  • 2-3 ulas Bawang putih (ditumbuk)
  • Isi ayam/daging – potong kecil
  • 3-4 sudu besar Sos Prego
  • 2 sudu besar Sos tomato
  • 1 sudu besar Sos cili
  • Carrot (atau sayuran lain jika suka)
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam/daging. Tambahkan sedikit air. Tunggu sehingga ayam/daging masak.
  3. Masukkan kesemua sos. Gaul sekata.
  4. Masukkan sayur. Biarkan sekejap untuk melembutkan sedikit sayur. Jangan lama sangat. Nanti sayur terlalu lembik.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali boleh la masukkan pasta. Gaul rata.

Nota:

  • Sos tomato dan cili tu optional je. Tak letak pun takpa sebab sos prego dah ada rasa.
  • Boleh tambah cili padi jika suka pedas.

Boleh search instagram amsa_store atau terus contact no 013-6018318 untuk beli eatalian express mixed vege pasta ni tau.. Confirm repeat order kalau dah try sekali. Hehe..

pasta goreng eatalian express

Mixed Vege Pasta Goreng

pasta goreng eatalian express

pasta goreng eatalian express

pasta goreng eatalian express

pasta goreng eatalian express


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Leave a Reply