Churros 

Assalamualaikum.. Churros adalah sejenis pastri atau kudapan yang dikatakan berasal dari Sepanyol. Bentuk churros ni seakan-akan cakoi tapi rasanya lebih kepada rasa cream puff. Cara penyediaannya juga lebih kurang macam cream puff. Cuma churros ni digoreng di dalam minyak yang banyak manakala cream puff dibakar di dalam oven. Churros ni sangat lembut di dalamnya dan rangup di luar. Sangat sesuai untuk hidangan minum petang atau sambil bersantai-santai.

Selalunya churros ni dimakan bersama salutan gula halus dan serbuk cinnamon. Selain itu, boleh juga pelbagaikan cara hidangan churros ni seperti makan bersama coklat cair ataupun, sos caramel, sos butterscotch dan sebagainya mengikut kegemaran masing-masing. Bentuk churros ni jugak boleh dipelbagaikan ikut kreativiti sendiri. Kalau tak ada nozel dan piping bag, boleh jugak guna plastik biasa. Cuma gunting saja hujungnya dan buat churros yang berbentuk bulat. Hehe..

Jom tengok cara penyediaan churros dalam video kat bawah ni untuk lebih senang faham. Dan jangan lupa subscribe YouTube channel Buat Orang Lapo.

Bahan-bahan Churros:

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Gula halus
  • Serbuk cinnamon

Cara-cara:

  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Masukkan air, garam, butter dan gula ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Padamkan api dan masukkan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan. (kacau laju supaya tepung tidak berketul).
  4. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sehingga adunan sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping beg. Gunakan nozel berbentuk bintang.
  6. Panaskan minyak dan terus picitkan adunan churros ke dalam minyak yang panas.
  7. Goreng sehingga kekuningan.
  8. Sediakan gula halus yang ditambah serbuk cinnamon untuk menyalut churros.

Nota:

  • Jika tidak mempunyai nozel, boleh gunakan plastik biasa sahaja.
  • Boleh makan churros bersama coklat yang dicairkan atau apa-apa sos kegemaran masing-masing.

churros

churros

churros

churros


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

3 Comments »

Leave a Reply