Nasi Goreng Belacan | Belacan Mama

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak share satu resepi yang sedap dan simple untuk hidangan cepat dan pantas iaitu nasi goreng belacan. Saya buat nasi goreng belacan ni lebih kurang nasi goreng cili padi tapi dengan tambahan belacan. Nak dapatkan nasi goreng belacan yang sedap, pastikan kita guna belacan yang sedap. Untuk nasi goreng ni, saya gunakan belacan Mama keluaran Hanuris Enterprise daripada Melaka.

Hanuris Enterprise ni syarikat bumiputera yang mengeluarkan pelbagai produk belacan dan juga cencalok. Seperti ramai yang tahu, Melaka ni memang negeri yang mengeluarkan banyak produk belacan dan cencalok. Tak dinafikan belacan dan cencalok Melaka ni memang sangat sedap. Kalau pergi ke Melaka, memang tak sah kalau tak bawak balik belacan dan cencalok. Hehe..

Selain belacan keping, syarikat Hanuris Enterprise ni jugak ada mengeluarkan belacan jenis serbuk. Belacan jenis serbuk ni lebih senang nak digunakan dalam masakan. Pembungkusannya pun sangat bagus dan senang sebab serbuk belacan Mama ni diletak di dalam botol kecil. So masa nak masak tu just pusingkan penutup botol dan tuang dalam masakan. Senangkan? Hehe.. Selain belacan dan cencalok yang sememangnya produk popular syarikat ni, dorang jugak ada mengeluarkan produk makanan lain seperti gula melaka comel dan juga pelbagai jenis dodol yang sedap. Korang boleh survey produk-produk Mama ni kat Facebook page Belacan Dan Cencalok MAMA Halal. Macam-macam product boleh beli kat sini. Dan yang paling best, semua produk-produk ni boleh dibeli secara online. Jangan risau pejabat pos tu berbau belacan dan cencalok sebab pembungkusan dorang ni memang kemas. Confirm tak ada bau. Hehe.. Bila dah buka bungkus tu baru ada bau semerbak wangi belacan yang membuatkan korang tak tahan nak masak guna belacan Mama ni. Mesti terus pergi dapur masak apa yang patut. Haha..

Bila dan dapat belacan ni, memang semua masakan saya tabur dengan belacan sebab sedap sangat. Haha.. Salah satu resepi yang saya buat guna belacan Mama ni ialah nasi goreng belacan Mama super sedap!! Hehe.. Ok kat bawah ni saya ada share resepi nasi goreng belacan yang super sedap tu. Untuk resepi ni, saya guna 2 jenis belacan iaitu belacan keping dan juga belacan serbuk. Korang boleh tambah apa-apa lauk dan sayur ikut kegemaran masing-masing. Tapi rasanya menu simple ni pun dah cukup sedap. Saya cuma buat telur dadar untuk makan dengan nasi goreng belacan ni.

Bahan-bahan nasi goreng belacan:

  • 3 cawan nasi
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 6-7 tangkai cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 inci belacan keping (Belacan Kampung Mama)
  • 1 biji telur
  • Kacang panjang (@sayur lain)
  • Garam (jika perlu)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Serbuk belacan (Belacan Serbuk Mama)

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belacan keping. (tak perlu terlalu lumat@hancur)
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan garing.
  3. Pecahkan telur dan kacau.
  4. Masukkan kicap cair dan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan juga kacang panjang. Kacau rata dan tambahkan serbuk belacan secukup rasa. Goreng sehingga nasi sedikit garing.

Nota:

  • Ni contact Hanuris Enterprise untuk dapatkan produk MAMA Halal.

#HANURISENTERPRISE

?019-6993119 (EN HAKIM)

?019-7913119 (OFFICE)

? http://belacandancencalokmamahalal.wasap.my/

?LOT 132, MELAKA HALAL HUB, SERKAM, 77300 MERLIMAU, MELAKA

[email protected]

nasi goreng belacan

nasi goreng belacan

nasi goreng belacan

nasi goreng belacan

nasi goreng belacan

nasi goreng belacan

Proses pembuatan belacan di syarikat Hanuris Enterprise. (Homemade)

Sebahagian produk-produk keluaran Hanuris Enterprise

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply