Nasi Tomato Mudah

nasi tomato

Assalamualaikum.. Hari ni jom kita belajar cara-cara buat nasi tomato pulak. Nasi tomato ni salah satu nasi kegemaran anak saya sebab nasi ni ada warna. Haha.. Selalunya dia memang suka makan nasi ni semata je tanpa lauk dan kuah sebab nasi ni dah ada rasa. Nampak macam kesian makan nasi saja tapi tu la favorite dia. Hehe.. Disebabkan nasi-nasi yang berperisa macam ni memang kesukaan anak-anak, saya cuba la belajar buat nasi tomato ni. So sekarang bila dan pandai sikit saya share pulak resepinya kat korang semua. Resepi ni saya ambil daripada buku masakan. Simple je sebenarnya nak buat nasi tomato ni. Bahan pun tak susah nak cari.

Continue reading “Nasi Tomato Mudah”

Nasi Goreng Tomyam 

nasi goreng tomyam

Assalamualaikum.. Saya rasa memang ramai kat sini yang suka makan tomyamkan? Saya sendiri pun memang peminat tegar tomyam. Hehe.. Kalau pergi makan kat luar selalu je order tomyam. Makan dengan nasi putih dan telur dadar. Then pernah sekali saya pergi ke kedai yang ada menu nasi goreng tomyam. So saya pun try la order sebab sebelum ni asyik order makan tomyam yang berkuah je. Huhu.. Sekali makan perghh memang sedap rupanya nasi goreng tomyam ni. Then saya pun start la google beberapa resepi nasi goreng tomyam dan cuba masak sendiri nasi goreng tomyam ni ikut citarasa sendiri. Hehe.. Continue reading “Nasi Goreng Tomyam “

Chocolate Souffle (Coklat Souffle)

chocolate souffle

Assalamualaikum.. Dalam banyak-banyak resepi yang saya dah pernah buat, chocolate souffle ni antara resepi yang agak susah untuk saya buat. Maklumla saya ni bukan expert bakers pun. Hihi.. Actually nak bancuh adunannya senang je sebab bahan-bahan tak banyak pun. Cuma bila masa nak bakar tu souffle ni tak naik cantik ke atas. Selalu die kembang dan tumpah meleleh ke bawah. Banyak kali jugakla saya cuba bakar souffle ni. Akhirnya jadi jugak. Nampak dalam video orang lain buat macam senang. Bila buat sendiri susah pulak dia nak jadi. Hehe. Tapi walaupun susah, rasa dia memang sedap, gebu, lembut. Bila makan tu rasa cair kat dalam mulut. Memang tak menyesal la percubaan yang beberapa kali tu. Hehe.. Next time boleh buat lagi. Harap-harap jadi lagi cun daripada yang ni. Continue reading “Chocolate Souffle (Coklat Souffle)”

Bingka Roti Pandan Menggunakan Blender

bingka roti pandan

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak cuba buat kuih tradisional pula iaitu kuih bingka roti pandan. Dulu masa kecik-kecik memang saya suka sangat kuih bingka ni. Mak saya selalu buat untuk dijual. Mak saya memang suka buat kuih untuk jualan. Selalunya dia letak kuih muih di kedai-kedai sekitar kampung. Dari dulu sampai sekarang memang itu la hobi dia. Hehe.. Hobi yang boleh dijadikan pendapatan sambil mambantu meningkatkan ekonomi keluarga kami masa dulu-dulu. Skima pulak ayat ni rasanya. Haha.. Tapi mak saya memang pandai berbisnes. Daripada kecil-kecilan sampai besar-besaran. Hehe.. Sampai sekarang pun mak saya masih lagi buat kuih muih tradisional walaupun sebenarnya dia bukan buat untuk cari duit. Tapi sebab minat yang teramat sangat dengan bisnes, mak saya tetap meneruskan hobi dia. Tambah pulak 1 kampung dah kenal dan tahu kesedapan kuih muih mak saya tu. Tu yang buat mak lagi seronok nak jual kuih bila dia dapat mengembirakan pembeli-pembeli kuih dia. Hehe.. Panjang lagi kalau nak cerita pasal mak saya punya kuih ni, tapi kita back to the recipe la ye. Hehe..

Continue reading “Bingka Roti Pandan Menggunakan Blender”

Chicken Parmigiana

chicken parmigiana

Assalamualaikum… Minggu lepas saya dan family pergi makan di Secret Recipe. Suami saya order menu chicken parmigiana. Katanya pernah makan sebelum ni memang sedap. Then dia suruh saya cuba rasa. Rasa sekali memang sedap sangat chicken parmigiana ni rupanya. Rugi saya tak pernah makan sebelum ni. Haha.. Sebab saya ni selalu takut nak cuba menu baru kalau pergi mana-mana. Takut tak sedap nanti rugi bayar mahal-mahal. Haha.. Mesti order yang sama je setiap kali makan kat luar. So lepas try menu baru yang sedap macam ni saya rasa saya patut cuba order makanan yang lain-lain la kot kalau makan kat luar. Continue reading “Chicken Parmigiana”

Pai Susu

pai susu

Resepi pai susu yang pernah viral suatu ketika dahulu. Sekarang baru nak buat. Hehe.. Sebab masa tu belum ada channel Buat Orang Lapo ni. Senang jugak la nak buat pai ni. Rasa pun sedap. Lebih kurang macam rasa tat telur. Resepi ni viral sebab boleh di masak menggunakan pan atas dapur biasa tapi dalam video ni saya masak menggunakan oven. So kalau tak ada oven, boleh la masak pai ni atas dapur biasa guna non stick pan.

Continue reading “Pai Susu”

Ikan Siakap Stim

ikan siakap stim

Assalamualaikum. Menu makan tengah hari saya hari ni ikan siakap stim. Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi ikan siakap 3 rasa ala Thai. Sesiapa yang nak cuba masakan ala Thai yang sedap ni boleh tengok resepinya disini. Kali ni saya nak buat stim pulak. Sesekali makan stim ni bagus jugakkan untuk kesihatan sebab tak menggunakan minyak. Kurang kolestrol. Lagipun sangat mudah nak buat.

Continue reading “Ikan Siakap Stim”