Resepi Ayam Masak Kicap: Cara Memasak Mudah dan Sedap

Assalamualaikum.. Siapa yang suka masak secara express tapi hasilnya sangat sedap? Kalau suka, boleh cuba resepi yang saya kongsikan ni. Resepi ayam masak kicap ni kita boleh sediakan dalam masa yang sangat singkat tapi hasilnya boleh buat kita sampai menjilat jari. Rasa pedas manis masak kicap ni memang sangat menyelerakan. Selain daripada ayam, resepi ni juga boleh digunakan untuk masak daging, ikan, telur, sotong dan sebagainya. Dalam resepi ni saya gunakan bahan yang paling simple. Boleh tambahkan bahan-bahan lain mengikut kesukaan masing-masing seperti lobak merah, kentang, tomato dan sebagainya.

Sebelum buat ayam masakkicap ni, apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya lebih senang faham cara penyediaan dan membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Untuk dapatkan pes masak kicap yang sedap ni boleh tekan SINI. Atau nak lagi pelbagai jenis pes yang sedap, boleh tekan SINI.

Bahan-Bahan Ayam Masak Kicap:

  • 500gm Ayam
  • Sedikit garam dan serbuk kunyit (untuk menggoreng ayam)
  • 1 pek Pes Masak Kicap
  • 50-100ml Air
  • Hirisan Bawang Merah
  • Cili Merah/Cili Padi (jika suka)
  • 1 tangkai Daun Ketumbar (jika suka)

Cara-Cara:

  1. Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit lebih kurang 30 minit. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
  2. Masukkan pes masak kicap ke dalam kuali dan juga sedikit air. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng dan tunggu sehingga ayam masak sepenuhnya.
  4. Tambahkan hirisan bawang dan cili. Kacau sebentar.
  5. Akhir sekali taburkan daun ketumbar ke atas ayam masak kicap yang telah siap dimasak.

Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo

Tekan Untuk Beli

Dapatkan Pes Masak Kicap

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top