Mee Hailam yang sedap dan senang

Assalamualaikum.. Hari ni lunch mee hailam je. Senang dan cepat je nak buat ni. Masak sementara anak tido tadi. Kalau anak2 dah bangun memang susah dah nak ke dapur. Lagipun anak sulung saya memang suka makan mee. So tak perlu masak lain untuk dia. Hehe.. Tapi kalau nak bagi anak saya ni makan mee, kena cari mee melayu. Mee yang lain dia tak berapa suka nak makan. Mungkin sebab rasa kapur yang agak kuat. Nasib baik jugak dekat kedai runcit depan rumah ni ada jual mee melayu. Boleh la beli kat situ. Cuma selalunya memang cepat habis. Hehe..

Mee hailam yang saya buat ni simple je. Lauk pun just guna ayam je sebab ayam je yang ada kat rumah time buat ni, Hehe.. Kalau nak lagi sedap, korang boleh campur lauk lain macam daging, udang, sotong. Boleh jugak add on fish cake dan fish ball. Sayur pun terpulang masing-masing nak guna sayur apa. Saya cuma guna carrot dan sawi je.

Ok jom tengok resepi mee hailam kat bawah ni. Gambar pun 1 je yang sempat ambil. Huhu.. Kalau ada masa nanti saya buat video pulak. Boleh ambil gambar lagi. By the way, jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo https://www.youtube.com/buatoranglapo Banyak resepi-resepi best kat channel ni. Hehe..

image

Bahan-bahan:

  • 300-400 gm daging/isi ayam (bole tambah udang/sotong)
  • 1 peket fish ball (tak letak sb takde. Heh)
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap cair (takde pun takpe)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sedikit sayur sawi
  • 1 batang carrot
  • 1 paket mee kuning
  • 2-3 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung – dibancuh dgn air
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto/Serbuk knorr pasti sedap (opsyenal)
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • 1 biji cili merah besar

Bahan kisar:

  • Cili kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan kemudian masukkan ketulan isi ayam sehingga isi ayam masak. Kemudian masukkan air. Kalau guna daging, masukkan daging terlebih dahulu sehingga daging agak empuk. Masukkan karot dan batang sawi, masak sampai kuah hampir mendidih. (Pastikan korang masukkan sayur yang keras dahulu)
  2. Masukkan semua sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis dan cair. Kemudian kacau rata.
  3. Masukkan udang serta sotong. Jangan masak udang dan sotong terlalu lama. Kemudian masukkan semua sayur sawi dan cili merah.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk menjadikan kuah pekat. Kacau semua bahan. Kalau kurang masin, bole perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto/serbuk knorr. Tambah bahan perasa ikut selera masing-masing.
  5. Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur.
  6. Taburkan daun sup dan bawang goreng untuk hidangan. Saya tak letak pun sebab dah abis..masak ala kadar je ikut bahan ape yang ade. Hehe.. saya lebih suka tuang kuah mase nak hidangkan supaya mee tak terlalu kembang. Tapi kena la celur mee dulu. Makan dengan telur mata pun sedap..

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply