Goreng kuning hati lembu ala kelantan

Resepi oleh: TheSisters Cookingproject

Kali ni saya nk share resepi hati lembu ala kelantan. Sape yang minat masakan kelantan tu bole la try resepi ni. Tak payah dah nak cari masakan ni sampai ke kelantan.. ? senang je nak buatnye..

image

Bahan-bahan:

  • Hati lembu
  • 1 biji bawang besar – potong bulat
  • 1 biji bawang putih – hiris @ tumbuk..
  • cili api ( kalau suke pedas bole letak banyak)
  • 2 biji cili besar – potong serong kasar2
  • air asam jawa
  • serbuk kunyit
  • garam

Cara-cara:

  1.  Rebus hati sampai lembut. Tak perlu bubuh banyak air. Bila dah lembut, angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili api dan cili besar. Gaul rata.
  3. Setelah bawang dan cili agak layu, masukkan hati lembu yang telah direbus tadi.
  4. Kemudian masuk pula sedikit kunyit dan air asam jawa. Kacau sebati.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sampai hati sedikit garing. Sedia untuk dihidang.
  6. Senang je kan.. 🙂

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply