Chewy Chocolate Brownies

Resepi oleh: Afzalina Ahmad Yusof

Hi semua!! Its brownies time!! Kepada peminat brownies bole cuba resepi brownies chocolate ni.. chewy2 gitu rase die.. macam makan chewing gum la kot.. hehe.. my lovely sister yang buat ni. Sedap! Sape2 yang tak ade mixer tu bole buat brownies guna resepi ni sebab tak perlu guna mixer. Senang.. Jom tengok resepi.

image

Bahan-bahan:

  • 180 gram Cooking chocolate/chocolate compound
  • 1 cawan Gula castor (boleh kurangkan 3/4 cawan kalau tak nak manis)
  • 1 cawan Tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan Serbuk koko
  • Garam secubit
  • 3 biji Telur
  • 1 penutup Esen vanila
  • Separuh buku Butter (lebih kurang 125gram)
  • Walnut@badam
  • Coklat chip

Cara-cara:

  1. Cairkan coklat secara double boiled. Kacau sehingga coklat cair. Kemudian masukkan butter. Kacau sampai butter cair.
  2. Masukkan gula dan garam. Kacau lagi sehingga sebati.
  3. Angkat dari api.
  4. Masukkan telur, kacau dengan whisk je sampai telur sebati.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Masukkan tepung dengan serbuk koko kacau lagi hingga sebati semuanya.
  7. Akhir sekali masukkan coklat cip dan walnut@badam. (Kalau suke banyak, bole letak banyak sesedap rase. Hihi)
  8. Masukkan dalam loyong yang di alas dengan baking paper.
  9. Bakar selama 20 minit pada suhu 180°. (Ikut oven masing-masing)
  10. Hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkn.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

5 Comments »

  1. hehe tak pee. practice makes perfect! saya suka semua resepi sis. biskut alien pun saya dah try. memang menjadi. terima kasih untuk perkongsian nya. semoga murah rezeki sis ?

    • Ha betul2. Suka org yg bersemangat mcm awk. Tak cpt give up. ?? Sama2. Terima kasih doakan kami ? insya Allah aamiin ?

    • Hurmm. Sy pn tak pasti kenapa brownies tak masak. Mungkin ada silap kt mane2 yg buat adunan jd cair. So brownies lmbt msk.maybe la. Ada 2 lg resepi brownies yg sy pernah buat. Brownies coklat n brownies kedut. Cuba la?

Leave a Reply