Homemade Caramel Popcorn

Assalamualaikum..

Homemade caramel popcorn yang sangat senang nak buat. Ada orang mengidam nak makan popcorn pulak hari ni. Sanggup dia mencari popcorn lepas balik kerja tadi. Hehe. Pergi cari kat gaint, dah habis pulak. Pergi pulak tesco. Pusing2 tesco nasib baik jumpa. Siap beli 2 paket lagi. Simpan untuk masa depan.

Lain kali nak buat senang. Tak payah pusing2 supermarket lagi. Buat popcorn ni memang tersangat senang kot. Rugi kalau tolak resepi ni. Haha.. Masa masak popcorn ni mesti korang terasa ada dekat panggung wayang. Sebab bau dia memang sangat menyelerakan. Ok jom tengok macam mana nak buat caramel popcorn ni. Bahan pun sikit je..

Bahan-bahan:

  • 3 genggam biji jagung
  • 3-4 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar butter
  • 1/4 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan butter. Mula-mula pasang api sederhana sampai minyak dan butter panas. Kemudian kecikkan api.
  2. Masukkan biji jagung. Pastikan semua biji jagung kena minyak.
  3. Tutup periuk. Tunggu sampai bunyi “pop pop”. Biji jagung tengah meletup dengan meriahnya.
    *kalau nak lagi best, guna tutup periuk yang transparent tu. Boleh nampak betapa meriahnya jagung ni “pop pop”. Hehe
  4. Bila dah habis bunyi “pop”, boleh angkat dan letak popcorn dalam bekas lain.
  5. Taburkan garam. Gaul rata.

Ok lepas dah siap popcorn ni, kita buat caramel pulak.

Bahan-bahan:

  • 100 gram gula
  • 50ml air
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara:

  1. Masukkan gula dan air dalam periuk. Biarkan mendidih dan tunggu sampai gula bertukar warna keperangan.
  2. Bila gula dah bertukar warna perang, tutup api dan terus masukkan butter. Masa ni, gula akan berbuih2. Terus kacau sampai buih hilang.
  3. Dah siap jadi caramel.
  4. Tuangkan caramel sedikit demi sedikit atas popcorn dan gaul rata. Kalau tak nak manis sangat, tak perlu habiskan semua caramel ni. Takut potong kaki pulak. Hehe..

Sejukkan sebentar. Popcorn akan jadi sangat rangup bila dah sejuk.

Ok dah boleh menikmati caramel popcorn buat sendiri yang lebih sedap dari popcorn yang jual kat luar. Ngap2 popcorn sambil layan movie yang suami dah download tadi. Tutup lampu.. Feeling2 kat GSC gitu.. haha.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

3 Comments »

Leave a Reply