Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum…Resepi yang saya nak buat kali ni ialah sagu gula melaka. Resepi pencuci mulut yang sedap, senang dan menyegarkan. Sagu gula melaka ni antara favourite saya terutamanya semasa bulan puasa. Memang sedap sangat makan sejuk-sejuk masa berbuka puasa. Kalau pergi kat bazar Ramadhan pun selalunya banyak sagu gula melaka ni dijual. Tapi macam biasa la harganya agak mahal dan kandungannya pulak makin sedikit. So jom kita belajar buat sagu gula melaka ni sendiri. Lagi puas hati nak makan. Modal nak beli bahannya pun tak banyak sangat. Tapi kadang-kadang bila dan malas nak buat, saya beli jugak diluar. Hehe..

Dalam video kat bawah ni, saya hidangkan sagu gula melaka bersama dengan susu cair. Kalau nak guna santan pun boleh sebab originalnya memang makan dengan santan. Susu cair ni cara segera. Hehe.. Untuk penyediaan santan, masak sekejap di atas dapur bersama sedikit garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. Terus campurkan santan dengan garam. Dah boleh sediakan. Lebih kurang santan macam makan cendol. Kalau guna susu cair, tak perlu campur apa2 terus boleh tuang dalam sagu. Senangkan?

Sebenarnya dalam video ni saya menggunakan gula kabung untuk menggantikan gula melaka (gula melaka out of stock kat rumah. Hehe..) Rasanya lebih kurang je. Cuma kalau bagi orang yang dah biasa dengan rasa gula kabung, mungkin gula kabung ni rasanya lebih sedap daripada gula melaka. Terpulang kepada citarasa masing-masing nak guna gula apa. Saya tambah gula pasir ke dalam air gula supaya ianya jadi lebih likat. So bila nak makan tu nanti jangan letak banyak sangat air gula ni. Nanti potong kaki pula. Hehe.. Lagi best kalau hidangankan sagu gula melaka ni semasa sejuk atau tambahkan ais didalamnya.. ummpppp…!!

Jom layan video best kat bawah ni. Jangan lupa subscribe ye..

sagu gula melaka

Bahan-bahan:

  • 250 gram biji sagu
  • 4 cawan air
  • Sirap atau pewarna (apa2 warna pun boleh.kalau takde pun takpe)
  • 80 gram gula melaka
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan (simpulkan)
  • 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
    *optional: boleh gunakan susu cair untuk menggantikan santan

Cara-cara:

  1. Rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa selama lebih kurang sejam. Supaya biji sagu lebih cepat masak. Tak rendam pun takpe. Cume proses untuk masak tu lama sikit.
  2. Didihkan 4 cawan air. Kemudian masukkan biji sagu. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau sagu supaya tak berkerak di bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih.
  3. Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sagu (supaya biji sagu kelihatan lebih cantik)
  4. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran masing2. (Kalau masuk dalam bekas besar, boleh potong2 semasa hendak makan)
  5. Simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental.

Cara untuk sediakan air gula:

  1. Masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan pekat.
  2. Sejukkan air gula.
  3. Bila sagu dah sejuk dan kental, keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama sedikit air gula dan santan @ susu cair.

sagu gula melakasagu gula melakasagu gula melaka


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

2 Comments »

Leave a Reply