Panna Cotta – Review

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Kali ni aku nak buat review dessert yang aku rasa paling sedap aku pernah makan. Baru-baru ni family belah isteri aku belanja makan di sebuah restauran western. Nama restauran tu ialah Tijaarah Western di seksyen 7 shah alam (Nanti scroll ke bawah untuk tgk map location restauran tu). Kami sampai dalam pukul 8.30 malam camtu. Meja dah pun direserved untuk kami. Aku order menu Combo Platter dalam RM 38.90 camtu. Mahal jugak kan, tapi sebab orang dah belanja kita bedal je la. Rezeki jangan ditolak.. haha.. Isteri aku pulak aku suruh dia order Lamb Chop, sengaja kitorang pilih menu berlainan sebab nanti kitorang leh tukar-tukar makanan. Dapatlah rasa banyak skit menu.

panna cotta
Panna Cotta

Oklah straight to the point. Memula aku cam tak pandang sangat pun dessert ni. Abang ipar aku yang order Panna Cotta tu, pastu dia offer kitorang untuk rasa. Rasa satu sudu.. hmmm.. sedap.. rasa lagi sekali.. makin sedap.. x sedar dah 4 5 sudu aku makan. Disebabkan kesedapan Panna Cotta tu kitorang pun order la satu lagi. Harga dia kalau tak silap dalam RM9++. Memang terasa puas betul makan, sampai Combo Platter yang aku makan tadi pun aku dah tak kisah dah. Untuk pengetahuan, Panna Cotta ni adalah makanan yang berasal daripada itali. Kalau nak tau lebih lanjut nah link wiki.

Sebelum ni isteri aku pernah buat Panna Cotta ni. Tapi aku tak tau pun ape bende tu sebenarnya. Aku ingatkan puding biasa je. Dari segi rasa memang berbeza sangat-sangat dengan apa yang isteri aku buat dulu. Rasa dia sangat berlemak dan manis, perghhh.. Masa aku tengah menaip ni air liur aku dah meleleh dah teringat balik Panna Cotta tu. Aku dah suruh isteri aku cari resepi dan buat sampai rasa sebijik cam yang kitorang makan haritu. Tunggu isteri aku buat dulu la ye, kalau jadi nanti dia update resepi. Tapi seriously memang korang kene cuba baru korang tau betapa nikmatnye rasa dia.

Kalau korang nak cuba boleh la singgah ke restauran Tijaarah Western di seksyen 7 shah alam (diorang tak bayar pun utk promote.. huhu..)

combo platter
Combo Platter
lamb chop
Lamb Chop

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply