Ayam Goreng ala KFC

Asslamualaikum..

Lunch hari ni ayam goreng ala KFC.. Kegemaran anak-anak. Kalau ada sesiapa yang anak asyik ajak makan KFC tu boleh try resepi ni. Memang sedap. Lepas ni tak payah beli KFC lagi. Boleh makan ayam goreng buatan sendiri tanpa kos yang tinggi.

Ayam goreng ni saya buat 2 versi. Ala-ala KFC jugak ada ayam original dan spicy. Hehe.. Yang suka pedas tu boleh tambah kepedasan ayam ikut citarasa sendiri. Untuk anak-anak kecik kita buat original. Tak payah letak serbuk cili. Mesti anak-anak suka dapat makan KFC selalu. 😄 ok jom tengok resepinya..

ayam goreng ala kfc

Bahan perap:

  • Ayam – setengah ekor
  • 2 sudu besar serbuk cili (ikut citarasa masing-masing)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 10 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa (jika suka)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil cuka (untuk ayam juicy)

Bahan salut:

  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Masukkan ayam ke dalam bekas besar dan masukkan ke semua bahan perap. Gaul rata semua bahan. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Setelah di perap, masukkan telur. Gaul rata.
  3. Gaul rata ke semua bahan salut. Masukkan ayam ke dalam bahan salut dan salutkan di keseluruhan ayam.
  4. Panaskan minyak. Goreng ayam di dalam minyak yang banyak (deep fry).
  5. Setelah kekuningan, angkat ayam dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Boleh goreng ayam dalam periuk untuk menjimatkan penggunaan minyak. Pasang api serdahana kecil supaya ayam betul-betul masak di bahagian dalam. Bahan perapan tu pulak korang bolehla adjust ikut citarasa masing-masing. Sekali try resepi ni mesti dah tak pandang KFC dah. Hehe..


Ok selamat mencuba.. Boleh tinggalkan komen kat bawah kalau ada sebarang soalan. ☺


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply