Assalamualaikum. Hari Lunch menu simple je. Telur bistik dengan ayam goreng kunyit. Kalau dah buat telur bistik ni rasanya tak perlu lauk lain pun takpe. Dah cukup lengkap telur, ayam, sayur semua dalam tu. Senang kerja kat dapur. Hehe. Makan dengan nasi panas. Sedap! Tapi sebab ade lebih lagi sikit isi ayam tadi tambah la menu ayam goreng kunyit. ?
Telur bistik ni antara menu yang selalu saya order kalau makan kat restoran selain daripada telur dadar. Asasnya tetap telur dadar cuma dia berkuah dengan isi ayam dan sayur campur. Sesiapa yang terliur nak makan telur bistik macam kat restoran tu boleh try resepi ni. Simple je. Actually kalau nak buat telur bungkus pun boleh guna resepi yang sama. Bezanya telur perlu di dadar di dalam kuali yang besar dan letakkan inti di dalam telur tersebut. Kemudian bungkuskannya. Cuma intinya perlu di masak kering sedikit supaya ianya tidak meleleh.
Sebelum masak tu jom la tengok video kat bawah ni dulu. Senang nak faham. Lepas tu jangan lupa subscribe YouTube Channel kami tau. Banyak resepi yang terbaru kat youtube kami.
Bahan-bahan telur bistik:
- 3 biji telur
- Ayam/daging – potong dadu
- 1/2 biji bawang merah besar – hiris
- 1 biji bawang merah kecil – cincang halus
- 2 biji bawang putih – cincang halus
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
- Gula dan garam secukupnya
Cara-cara:
- Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah). Tambahkan sedikit garam.
- Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
- Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
- Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak.
- Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.
- Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.
Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah.
Selamat mencuba!! ?
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.