Muffin Pisang Chocolate Chip Mudah dan Sedap

Assalamualaikum.. Hidangan untuk minum petang kami sekeluarga hari ni muffin pisang chocolate chip. Selalu buat muffin pisang kosong je. Kali ni saya buat muffin pisang yang ditambah dengan coklat chip dan badam. Lebih sedap rasanya. Pisang emas@montel yang selalu orang gunakan untuk buat muffin/kek pisang. Tapi sebab pisang emas tak ada, saya gunakan pisang berangan. Pun sedap jugak guna pisang berangan.

muffin pisang chocolate chip

Untuk muffin/kek pisang, saya lebih suka gunakan gula perang dalam adunan. Rasanya lebih sedap. Tapi kalau tak ada gula perang, bole je guna gula putih. Kalau tak ada coklat chip dan badam pun still boleh gunakan resepi ni untuk buat muffin pisang biasa. Cuma coklat chip dengan badam tu menambahkan kesedapan rasa muffin pisang ni.. Ok jom tengok resepinya..

Bahan-bahan muffin pisang chocolate chip:

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder

Bahan B:

  • 200 gram pisang masak (lebih kurang 3-4 biji)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1 1/3 cawan gula perang
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/3 cawan  susu segar
  • 1/2 cawan coklat chip
  • Badam untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan A dan ayak. Ketepikan.
  2. Lenyekkan pisang sehingga hancur dan letakkan garam. Gaul rata. Ketepikan.
  3. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Setelah adunan kembang, masukkan pisang dan kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan minyak dan bahan A sedikit demi sedikit secara bersilih ganti dengan menggunakan kaedah kaup balik (guna spatula@senduk kayu).
  6. Kemudian masukkan susu segar secara kaup balik jugak. Kacau sehingga sebati.
  7. Akhir sekali masukkan coklat chip. Gaul rata.
  8. Cedokkan adunan tadi ke dalam papercup muffin (jangan terlalu penuh). Taburkan badam sebagai hiasan. Boleh jugak taburkan coklat chip.
  9. Bakar pada suhu 170°C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.

Nota: Jika guna gula putih@gula castor, kurangkn sukatan gula kepada 3/4@1 cawan sebab gula perang kurang manis berbanding gula putih.

Ok dah siap.. Korang boleh jugak guna resepi ni untuk buat kek pisang kalau tak ada papercup. Masuk je terus dalam acuan besar. Saya suka buat muffin sebab comel. Anak-anak saya pun suka sangat tengok muffin yang comel-comel ni. Banyak diorang makan.. Hehe. ??

muffin pisang chocolate chip muffin pisang chocolate chip muffin pisang chocolate chip


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top