Puding Kastard Jagung Creamy

Assalamualaikum..

Entry kali ni saya nak kongsikan resepi puding kastard jagung yang lemak berkrim.. Resepi ni daripada blog sepupu saya, sisterscookingproject2.blogspot.com. Credit to her sebab masakan dia memang sedap. Tak rugi ambil resepi daripada dia. Hehe.

Semua makanan berasaskan jagung memang kegemaran saya. Selalu beli puding kastard jagung ni ada yang tak berapa sedap sangat. Ada yang cuma letak perisa jagung tapi tak ada jagung pun. Heh. Bila buat sendiri puas hati, sedap dan bole makan banyak 😁.. Ok jom kita tengok video resepi puding kastard jagung yang super creamy ni..

image

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Tepung Kastard
  • 3/4 cawan Gula
  • 1 1/2 cawan Jagung Manis krim
  • 1 1/2 cawan  Susu Cair
  • 3 cawan Air
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan di dalam periuk. Kacau sebati. (tak perlu pasang api dapur)
  2. Bila semua bahan dah sebati, baru pasangkan api. Masak puding dengan api perlahan. Kacau sentiasa sehingga pekat dan berkilat.
  3. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Dah siap. Senang sangat. Tak sampai 10 minit pun bole siap. Puding ni sedap dimakan semasa sejuk.. Selamat mencuba.. ☺

File_000 (1)

image

 


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply