Assalamualaikum..
Kali ni saya nak kongsi resepi sambal belimbing hitam Pahang. Resepi masakan mak saya. Masakan mak always the best kan.. ? Dah nak dekat puasa ni boleh la cuba buat sambal ni. Kot tak sempat nak masak sahur boleh makan sambal ni je. Sedap sangat kalau makan dengan nasi panas. Hehe..
Ha tengok banyak tu belimbing buluh. Baru dikutip dari pokok. Kat belakang rumah saya ada pokok belimbing buluh ni. Bila musim dia berbuah memang lebat penuh satu pokok. Belimbing ni perlu dibuang tampuknya dan dibersihkan.
Proses untuk merebus belimbing ni pulak memang memakan masa yang lama. Kalau banyak macam ni perlu ambil masa lebih kurang 8-10 jam. Belimbing ni akan mengeluarkan air semasa direbus dan kita kena rebus sehingga air belimbing ni agak kering. Sebab tu la proses merebus sangat lama. Rebus belimbing bersama garam kasar. Warna hijau belimbing akan bertukar menjadi hitam. Proses merebus yang lama ni membolehkan belimbing tahan dalam tempoh yang lama sehingga berbulan-bulan walaupun tak di simpan di tempat sejuk. Buat stok banyak-banyak senang nak masak nanti. Hehe. Tapi kalau nak rebus dalam kuantiti yang sikit, tak perlu rebus sampai 8 jam. Mungkin lebih kurang 2-3 jam je.
Belimbing ni kena rebus dalam periuk yang tak nak di gunakan lagi atau pun di dalam tin. Sebab hitam belimbing yang melekat kat periuk @ tin tu nanti dah tak boleh hilang. Selalu kalau rebus guna tin, mak saya akan terus buang tin tu selepas sekali guna. 1 time usage gitu. Hehe. Sebab agak susah untuk dibersihkan semua hitam-hitam tu. Kalau rajin boleh je bersihkan dan guna lagi. Kalau korang ada tin biskut ke atau tin susu anak ke boleh la guna untuk rebus belimbing ni.
Panjang pulak cerita hari ni. Hehe.. Ok la kita tengok resepi sambal belimbing ni. Sambal ni senang je nak buat. Cuma nak rebus belimbing je yang agak lama. ?
Bahan-bahannya:
- 1 genggam ikan bilis
- 1 sudu besar belimbing rebus (tambah jika mahu lebih masam)
- 5 biji cili padi (tambah jika mahu lebih pedas)
- 1 biji bawang merah besar (dihiris)
- 3 biji bawang merah kecil (dihiris)
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Tumbuk ikan bilis, belimbing dan cili padi (jangan terlalu lumat).
- Panaskan minyak. Goreng semua bawang sehingga garing.
- Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi. Goreng sehingga agak kering. Tambah bahan perasa jika perlu.
- Angkat dan sedia untuk dimakan.
Sambal ni selalunya saya dah tak letak garam sebab belimbing di rebus bersama garam. Jadi belimbing ni dah masin. Untuk menumbuk pula saya akan tumbuk cili padi dan belimbing dahulu sehingga sikit lumat. Kemudian baru tumbuk ikan bilis sedikit sebab saya suka ikan bilis yg kasar sikit. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Sambal perlu digoreng lama dengan api sederhana kecil supaya sambal tahan lebih lama. Jadi bolehla buat sambal ni banyak-banyak dan simpan untuk dimakan untuk beberapa hari.
Ok selamat mencuba.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.