Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum..

Ok hari ni jom kita belajar cara buat biskut sarang semut pulak. Mana datangnya nama sarang semut ni saya pun tak pasti. Ada macam sarang semut ke biskut ni? Ataupun semut suka sangat kat biskut ni sampai bersarang-sarang? Haha.. Ntah la. Tak kisah la mana asalnya nama biskut ni. Janji biskut ni memang sedap dari dulu sampai sekarang. Bila dah ada sarang tu mesti la kena ada semut. Jadi kena la tabur hiasan atas biskut ni sebagai semut. Haha. Tak kisah la nak letak semut warna hitam ke warna warni ke bentuk bulat ke panjang ke. Janji ada semut. Jangan letak semut betul sudah la. Nanti habis pulak biskut tu dimakannya. 😂😂

Biskut ni salah satu biskut raya kegemaran saya. Biskut-biskut tradisional macam ni kadang-kadang dah susah nak jumpa zaman sekarang ni. Banyak biskut yang moden-moden je. Bila dah jadi kegemaran tu memang wajib la buat kan. Hehe. Nak beli pun harga boleh tahan mahal sekarang ni. Buat sendiri boleh jimat sikit.

Anak saya pun suka sangat biskut sarang semut ni tapi bila budak-budak makan biskut ni memang bersepah-sepah. Tu la cabaran paling dahsyat dengan biskut ni. Haha… Sediakan je la vacum untuk sedut habuk-habuk biskut tu nanti. 😅 Ok la jom kita tengok resepi biskut sarang semut ni.

Bahan-bahan :

  • 250gram butter
  • 100gram gula halus
  • 350gram tepung gandum
  • 100gram tepung jagung
  • 100gram tepung kastard
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning
  • Coklat rice secukupnya
  • Papercup  secukupnya

Cara-cara: 

  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.(jangan lama sangat)
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan ke semua tepung yang telah di ayak. Uli sehingga sebati dan tak melekat di tangan.
  4. Parut@sagat adunan ke dalam bekas dan masukkan  ke dalam papercup menggunakan garfu.
  5. Hiaskan dengan coklat rice @ sprinkles.
  6. Bakar selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak pada suhu 160°C.
  7. Sejukkan sebelum di simpan ke dalam bekas kedap udara.

Selamat hari raya bersama biskut sarang semut 😋😋


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply