Sambal Kering Kentang dan Ikan Bilis Rangup

Assalamualaikum. Menu pembuka selera saya hari ni ialah sambal kentang. Saya rasa ramai yang suka makan sambal kentang ni kan.. Lagi-lagi sambal kentang yang rangup crunchy kaup krap gitu. Haha. Tambah pulak dengan iklan bilis garing, tempe, kacang tanah. Memang menyelerakan. Makan ni je ngan nasi panas pun dah cukup dah. Mesti tak cukup nasi sepinggan. 😅😅

OK ni kisah suami saya. Peminat tegar sambal kentang. Katanya masa di kolej dulu hampir hari-hari buat sambal kentang ikan bilis. Lepas dah kahwin ni hari-hari pulak suruh isteri dia masak sambal kentang. 😂😂 Yang pastinya resepi isteri dia lebih sedap. Hehe. 😋😋 Dan ada rahsia macam mana nak dapatkan sambal kentang yang sedap dan rangup ni.

Dalam resepi ni saya tambahkan tempe dan jugak kacang tanah cuma saya yang tak ada tempe masa buat ni. Hehe. Kalau yang tak suka tu tak payah letak pun tak apa. Kalau suka tempe dan kacang memang extra sedap la.. Kentang dan tempe kena potong nipis supaya cepat garing dan rangup. Ikan bilis tu kalau nak lebih sedap dan rangup guna ikan bilis yang mahal sikit. Saya guna ikan bilis putih. Ok jom tengok resepinya..

Bahan-bahan untuk sambal kentang ikan bilis:

  • 3-4 biji kentang
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • Segenggam kacang tanah
  • 1 mangkuk tempe
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit garam
  • Sedikit air limau kasturi

Bahan kisar :

  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 8-10 tangkai cili kering

Cara-cara :

  1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis, senipis yang boleh. Tempe juga perlu dihiris nipis.
  2. Goreng kentang di dalam minyak panas. Masukkan sedikit garam ke dalam minyak supaya kentang tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
  3. Dalam minyak yang sama, goreng pula kacang tanah.
  4. Kemudian goreng tempe sehingga garing.
  5. Akhir sekali goreng ikan bilis. Ketepikan kesemua bahan yang telah digoreng.
  6. Untuk membuat sambal, buang sedikit minyak lebihan goreng tadi.
  7. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  8. Masukkan garam, gula dan air limau. Seimbangkan rasa.
  9. Kacau sehingga sambal sedikit garing. Tutup api dan biarkan sambal betul-betul sejuk.
  10. Apabila sambal dia sejuk, masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

Tips penting:

  • Pastikan sambal betul-betul sejuk sebelum memasukkan bahan goreng supaya bahan goreng menjadi rangup dan tidak lembik bila terkena panas sambal tadi.

Ok dah siap dah. Gula tu saya lebihkan supaya rasa manis lebih sikit, sedap!! Ni la cara nak dapatkan sambal kentang rangup. Selamat mencuba..  😋😋


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply