Kuih Keria Gula Melaka

Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni kuih keria gula melaka telah menjadi sangat famous dan viral di Facebook. Asalnya kuih ni di jual di Melaka. Tapi setelah menjadi viral, ramai yang telah cuba untuk membuat sendiri kuih ni. Tak kurang juga yang menjual untuk dijadikan pendapatan sampingan. 

Kuih keria jugak dikenali sebagai kuih gelang di sesetengah tempat. Kuih keria gula melaka ni sama seperti kuih keria yang biasa cuma keistimewaannya, kuih ni menggunakan gula melaka sebagai ganti kepada gula putih biasa. Selain gula melaka, saya juga pernah cuba buat menggunakan gula kabung. Rasanya tetap sedap. Sesiapa yang lebih sukakan gula kabung berbanding gula melaka, boleh cuba buat keria gula kabung.

Di dalam resepi ni, saya gunakan keledek oren. Keledek oren lebih lembut berbanding keledek putih biasa. Jadi, perlu menggunakan tepung gandum yang lebih sedikit. Jika menggunakan keledek putih, tak perlu habiskan 2 cawan tepung gandum. Yang penting masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga tidak melekat di tangan dan boleh dibentuk. Jangan terlalu banyak tepung. Nanti keras tak sedap pulak. Keledek ungu atau keledek manis Jepun pun boleh digunakan jugak untuk membuat kuih keria ni. Selain tu, ada juga sesetengah orang yang menggunakan ubi kentang untuk membuat kuih keria @ kuih gelang ni. Tapi saya belum pernah cuba. Sesiapa yang dah pernah buat atau makan kuih keria ubi kentang boleh la bagi tahu macam rasanya kuih tu.

Pada yang belum pernah cuba buat kuih keria tu, boleh tengok video kat bawah ni untuk lebih senang faham cara nak buatnya.. ??

Bahan-bahan Kuih keria gula melaka:

  • 500gram keledek (saya guna keledek oren)
  • 2 cawan tepung gandum (anggaran)
  • 1 sudu besar tepung beras
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil baking powder (jika suka)
  • 150 gram gula melaka (cincang kecil-kecil)
  • 1 sudu besar gula putih
  • Sedikit gula batu
  • 1/4 cawan air

Cara-cara :

  1. Potong kecil keledek. Rebus sehingga empuk.
  2. Bila dah empuk, toskan dan lenyekkan @ tumbuk sehingga hancur.
  3. Tambahkan tepung gandum, tepung beras, garam dan baking powder (saya tak guna) ke dalam keledek. Gaul rata. (tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan dan boleh dibentuk).
  4. Bentukkan adunan bulat-bulat.
  5. Panaskan minyak dan goreng keledek menggunakan api sederhana kecil. Bila dah masak, angkat dan toskan.
  6. Untuk menyira, satukan gula melaka, gula putih, gula batu dan air ke dalam kuali. Gunakan ape kecil. Kacau sehingga likat dan berbuih kecil.
  7. Masukkan keledek yang telah digoreng. Gaul rata. Tutupkan api dan terus gaul kuih keledek sehingga gula kering.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Ok lepas ni boleh la buat sendiri kuih keria gula melaka yang sangat famous ni. Tak perlu pergi jauh-jauh dan beratur panjang lagi. Hehe..

kuih keria gula melaka

kuih keria gula melaka

kuih keria gula melaka

kuih keria gula melaka


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply